Dr. Suhaili bersama Yusri menyambut ketibaan pelancong yang tina melalui pkntu masuk Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan.
LABUAN: Tourism Malaysia (TM) memperkenalkan 300 program dan acara yang merangkumi kepelbagaian budaya, warisan serta perayaan utama seperti Aidilfitri dan Tahun Baru Cina, termasuk perayaan Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) dan Pesta Gawai diangkat sebagai antara acara utama yang diketengahkan kepada pelancong antarabangsa.
Pengarah Kewangan Tourism Malaysia, Yusri Muhammad Yusof berkata, kerajaan menyasarkan ketibaan 43 juta pelancong antarabangsa sepanjang TMM 2026 yang berasaskan
strategi keterhubungan dan memperkukuh kerjasama strategik serta memacu pertumbuhan pelanconga yang lebih mampan dan bernilai tinggi.
“Fokus utama TMM 2026 adalah menarik pelawat berkualiti melalui tawaran pelancongan berteraskan pengalaman, memastikan pertumbuhan yang inklusif serta memberikan manfaat kepada komuniti setempat di seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas melancarkan sambutan TMM 2026 di pintu masuk Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan, di sini pada Khamis.
Hadir sama, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Dr Suhaili Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pefbadanan Labuan Suhaimi Sainan dan Ketua Pegawai Eksekutif LDA Labuan Holding Sdn. Bhd. Noor Halim Datuk Zaini.
Yusri berkata, Tourism Malaysia juga akan terus menjalin kerjasama erat dengan semua
penggiat industri pelancongan dan agensi pengangkutan untuk membangunkan dan menawarkan pakej-pakej baharu sebagai inisiatif menarik lebih ramai pelancong antarabangsa.
Sementara itu, lebih 100 pelancong yang tiba dipintu masuk Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan disambut oleh penyambut tetamu berpakaian tradisional selain diberikan cenderahati VM2026.
Dua lagi lokasi pintu masuk yang mengadakan sambutan yang sama masing masing di Terminal Feri Kenderaan Labuan dan Lapangan Terbang Labuan.



