25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Timbalan Ketua Wiramuda STAR membidas gesaan pemimpin politik adakan pilihanraya.

KONG…. Gesaan beberapa pemimpin politik untuk mendesak Perdana Menteri mengadakan pilihanraya umum tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan negara bergelut dengan penularan virus Covid-19.

RANAU, 11 JAN 2021 – Timbalan Ketua Wiramuda Parti STAR Sabah, Kong Soon Choi membidas gesaan beberapa pemimpin politik yang mendesak Perdana Menteri mengadakan Pilihanraya Umum (PRU) Ke-15 lebih awal berikutan suasana penularan pandemik Covid-19 yang masih berleluasa ketika ini.

Kong menjelaskan, gesaan itu bukan sahaja tidak releven malah menyusahkan rakyat dan perlu dihentikan serta-merta. Beliau turut menyatakan majoriti rakyat berasa selesa dengan corak kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dibawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 9 Mei 2020 lalu.

“Gesaan beberapa pemimpin politik untuk mendesak Perdana Menteri mengadakan pilihanraya umum tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan negara bergelut dengan penularan virus Covid-19.

“Apa yang rakyat mahukan ketika ini adalah komitmen kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian mengurangkan kadar jangkitan serta mendapatkan vaksin kearah menyelamatkan nyawa rakyat’’, tegasnya.

Katanya lagi, sektor ekonomi turut terjejas akibat beberapa sekatan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Justeru, beliau menyarankan agar para pemimpin politik yang lantang untuk mendesak Perdana Menteri mengadakan pilihanraya umum melupakan gesaan itu sebaliknya berkerjasama untuk memulihkan semula sektor ekonomi negara yang sedikit terjejas akibat penguatkuasaan perintah-perintah berkenaan.

‘’Kenapa lantang mendesak untuk mengadakan pilihanraya umum, adakah mereka tidak sedar sektor ekonomi negara memainkan peranan penting untuk mempastikan agenda pembangunan rakyat terus berjalan lancar.

Sebagai pemimpin politik, kita harus matang membuat penilaian, hentikanlah gesaan yang bukan-bukan kerana rakyat sudah bosan melihat kemelut politik yang tiada kesudahan ini’’, katanya yang juga merupakan salah seorang Ahli Majlis Daerah Ranau.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa meminta Ahli Parlimen Umno meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum Februari ini bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) secepat mungkin.

Saranan itu turut disokong beberapa pemimpin lain dalam parti itu yang mendesak agar Perdana Menteri mengadakan pilihanraya lebih awal dengan alasan untuk menyelesaikan polemik politik yang tidak stabil di negara ini.

Untuk rekod secara keseluruhan Dewan Rakyat memiliki 222 kerusi. Bagaimanapun dua daripadanya kosong disebabkan kematian wakil penyandangnya iaitu Liew Vui Keong (Batu Sapi) dan Hasbullah Osman (Grik).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN