PL: Pergerakan tanah yang berlaku di Bukit Besar menyebabkan paip bawah tanah pecah
LABUAN: Sekurang kurangnya tiga paip air berukuran 800 mm diameter jenis MSCL yang membekalkan air bersih di pulau ini pecah disebabkan pergerakan tanah yang berlaku di Bukit Besar selepas Labuan dilanda hujan lebat sejak beberapa hari yang lalu.
Kejadian tersebut telah menjejaskan hampir keseluruhan pengguna di pulau ini tidak menerima bekalan air bersih sejak seminggu lalu.
Menurut kenyataan Jabatan Bahagian Bekalan Air (BBA) Labuan, insiden itu berpunca daripada hujan lebat yang berterusan awal minggu lalu mengakibatkan berlakunya pergerakan bawah tanah sekaligus telah menyebabkan paip utama menuju tangki ke Bukit Besar pecah dan ini seksligus mengakibatkan bekalan air tidak dapat disalurkan ke tangki Lajau, Tangki Layangan dan Tangki Pohon Batu.
Dalam pada itu, pihak kontraktor yang dilantik bersama BBA telah berkerja bertungkus lumus siang dan malam untuk membaik pulih ke dua dua paip pecah yang terletak lebih 3 meter di bawah tanah.
Kerja kerja baik pulih dilaporkan telahpun siap sepenuhnya dengan harapan tiada lagi paip baharu pecah selepas ini.
Sementara itu, pihak Perbadanan Labuan (PL) menerusi Jabatan Hal Ehwal Korporat (JHEK) dalam satu kenyataan berkata, berikutan kejadian itu pihakya telahpun menggerakkan jentera untuk membantu Jabatan Bekalan Air Labuan membekalkan bekalan air bersih menggunakan lori di kawasan-kawasan terjejas secara berterusan bagi mengurangkan impak kesan gangguan tersebut.
“Pihak Perbadanan Labuan telah bekerjasama denga Bekalan Air Labuan (BBA) membantu membekalkan bekalan air bersih di tangki-tangki statik DMA PB dan DMA Lajau.



