29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tidak patuh SOP, 163 individu dikenakan kompaun di Labuan

SERAH….Mohd Ibrahim menyerahkan buku risalah kepada pengguna jalan raya sambil diperhatikan Supian (tengah) dan Mohd, Dzulfaizal.

LABUAN: Seramai 163 individu dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sejak 13 Januari lalu.

Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata antara kesalahan yang dilakukan 163 individu terlibat termasuk  beriadah di tepi pantai dan cubaan rentas negeri mengunakan laluan haram selain kesalahan berkumpul beramai-ramai.

“Selain dikenakan kompaun, terdapat dua individu dihadapkan  ke mahkamah kerana didapati mempunyai kesalahan lain selain kesalahan pelanggaran SOP” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan buku risalah Pembudayaan Norma Baharu COVID 19 dan Risalah Proklamsi Darurat  kepada pengguna jalan raya anjuran Jabatan Penerangan Labuan di Sekatan Jalan Raya (SJR)  Jalan Tun Mustapha, pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan.

Mohd. Ibrahim turut mejelaskan pihaknya tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan  kompaun termasuk di hadapkan ke mahkamah kepada orang ramai yang melanggar SOP sepanjang PKP dilaksanakan.

Dalam waktu yang sama, pihaknya bersama anggota angkatan tentera (ATM) dan anggota Rela akan terus meningkatkan pemantauan  khususnya di premis kedai makan dan restoran yang telahpun diberi kebenaran untuk  pelanggan duduk   makan  dengan pematuhan SOP yang lebih ketat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN