Dr.Stanley bersama staf Klinik Swastanya di Pekan Ranau.
0leh: Jainuddin Nasir
RANAU: Lagi saranan kepada warga daerah ini supaya teruskan membudaya kehidupan ‘Norma Baharu’ bagi mengekalkan kedua-dua kawasan tersebut ber status ‘Zon Hijau’ (‘0’) dariada wabak Covid-19.
Ramai yang ditemui masing-masing mengajak rakyat kawasan Parlimen Ranau khususnya di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) meliputi Dun Kundasang, Dun Karanaan dan Dun Paginatan agar mematuhi SOP yang di tetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang kini masih menular seluruh dunia.
“Apa yang penting ialah pematuhan SOP yang ditetapkan termasuk mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter antara individu, sering membasuh tangan dengan air sabun atau cecair pembunuh kuman (sanitizer), memakai pelitup separuh muka (facemask) dan tidak mengunjungi kawasan sesak (ramai orang),” jelas Hamdan Bin Karamin dari Kg.Paka Dua Ranau.

Hamdan
“Kalau semua orang dapat mematuhi SOP yang dikuat-kuasakan, pasti kita berjaya memutuskan rantaian Covid-19”, kata salah seorang pelajar Tingkatan Enam SMK Lohan yang enggan namanya disiarkan.
Seorang lagi, pengamal perubatan salah sebuah Klinik Swasta di Pekan Ranau, Dr.Standley Chong menjelaskan bahawa sekatan Rentas Daerah yang bermula 24 Mei hingga 7 Jun, adalah wajar bagi mengekang penularan Covid-19 daripada menjangkiti orang ramai khususnya rakyat negeri Sabah.
“Dengan sebab itu semua orang tanpa mengira suku kaum, agama dan idologi politik harus nematuhi segala SOP yang disarankan kerajaan”, tambah Dr.Stanley.