Dr. Joachim (duduk, tengah) bersama dengan seluruh warga MID dalam Hari Keluarga MID hari ini
KOTA KINABALU, 20 Ogos 2022: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian (MID), Datuk Dr. Joachim Gunsalam telah menghadiri program Hari Keluarga MID yang diadakan di Pantai Tanjung Aru I, di sini, hari ini.
Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi Penganjur Saidi Sammah atas penganjuran itu yang berjaya menghimpunkan lebih 60 pegawai dan kakitangan kementerian.
“Program ini sangat baik kerana ia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan baik tetapi juga dapat mengurangkan stress kerja,” kata Dr. Joachim.
Sementara itu, Saidi mengucapkan terima kasih atas kehadiran Dr. Joachim yang meluangkan masa dengan semua pegawai dan kakitangan.
Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian, Thomas Logijin, Timbalan I dan II; Benedick Bisoni dan Adam Valentine serta Setiausaha Politik Menteri, Yubidi Gumpoyo.
Pelbagai acara menarik diadakan sebagai pengisian program tersebut.