29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Terima Kasih Anggota PDRM dan RELA, bantu lancarkan aliran trafik di laluan alternatif.

KAWAL LALULINTAS… Kelihatan beberapa anggota Polis dari IPD Ranau, membantu melancarkan aliran trafik berhampiran Jambatan Sungai Takurik, pada Khamis

RANAU: Kehadiran anggota keselamatan terdiri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis (IPD) Ranau  dibantu Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dari Platun 0032 Sinarut Baru, di laluan alternatif Kg.Tagudon Baru – Kg.Sinarut Baru, telah membantu kelancaran aliran trafik.

Tinjauan media mendapati, anggota Polis dan Rela telah ditempatkan di lokasi-lokasi  hotspot terutama simpang masuk dari kedua-dua arah.

Salah seorang anggota Polis brrtugas yang ditemui petang kemarin memberitahu, mereka memberikan masa selang 20 ke 30 minit untuk kenderaan dari kedua-dua arah secara bergilir-gilir.

SUKARELAWAN…Anggota RELA dari Platun 0032 Sinarut Baru,, membantu pihak Polis melancarkan aliran trafik

“Semua kenderaan dari arah Kota Kinabalu akan melalui simpang masuk Ke Kg.Sinarut Baru, dengan masa 20-30 minit, dan begitu juga kenderaan dari arah Pantai Timur yang akan melalui simpang masuk Kg.Tagudon Baru.

“Bagaimanapun, sekiranya laluan alternatif kedua iaitu dari jambatan Sungai Takurik ke kawasan Gereja SIB Pekan, dibuka sepenuhnya selepas kerja-kerja membubuh batu telah siap, maka dijangka laluan trafik di Jalan Sinarut-Tagudon akan berjalan lancar,” katanya.

Merujuk kepada kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, menerusi pengarahnya, Arman Abd Muin, satu lagi laluan alternatif akan dibuka bermula 7.00 malam, pada Khamis.

Anggota RELA Platun 0032 Sinarut Baru, bertugas di salah satu simpang dalam kawasan Kg.Sinarut Baru, pada petang Khamis.

Jalan ini nanti akan menjadi laluan alternatif sehala dari arah pantai timur, contohnya dari Sandakan. Manakala laluan alternatif Kg.Sinarut Baru – Kg.Tagudon Baru, hanya akan dilalui kenderaan dari arah Kota Kinabalu sahaja.

Sementara itu tinjauan media di lokasi laluan alternatif kedua (Jambatan Takurik-SIB Pekan), mendapati laluan tersebut masih belum boleh dilalui semua jenis kenderaan terutama kereta kecil dan rendah, disebabkan permukaan jalan masih berlumpur dan licin.

Pihak konsesi yang dipertanggungjawabkan untuk membuka laluan tersebut, kini giat melakukan kerja-kerja berkaitan termasuk membubuh batu sungai sementara menunggu bekalan batu dari kuari sampai.

Dijangkakan laluan kedua ini boleh digunakan sepenuh hari ini (Jumaat).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN