24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tempat letak kereta di Taman Kinabalu, Jalan Ranau-Tamparuli akan dibaiki segera

Joachim (hujung) ketika meninjau kejadian tanah runtuh di tempat letak kereta Taman Kinabalu di sini hari ini.

RANAU: Kawasan tanah runtuh membabitkan kawasan letak kereta di simpang masuk Taman Negara Gunung Kinabalu akan dibaiki dengan kadar segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dr. Joachim Gunsalam berkata, kerja-kerja pembaikan itu perlu dilaksanakan secepat mungkin kerana itu adalah antara laluan utama.

Selain itu katanya, ia juga untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku kepada para pengguna di laluan tersebut.

“Kerja pembaikan semula perlu dilaksanakan dengan kadar segera kerana jalan Ini merupakan laluan utama dan banyak kenderaan awam melalui jalan Ini. Kita tidak ingin berlaku kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau lokasi kejadian tanah runtuh itu hari ini.

Dr. Jaochim yang Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah turut diiringi kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi itu runtuhan membabitkan kawasan sepanjang 150 meter dengan lebar 100 meter.

Ia berikutan hujan yang berterusan sejak beberapa hari ini yang turut menyebabkan banjir dan kejadian tanah runtuh di daerah ini.

Bagaimanapun kejadian tanah runtuh itu tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.

“Saya bersyukur kerana dalam kejadian tanah runtuh ini, tidak ada kemalangan jiwa berlaku. Walau bagaimanapun, jalan raya masih boleh dilalui kenderaan,” kata Dr. Jaochim.

Beliau turut mengingatkan penduduk di Kundasang agar berhati-hati di musim hujan kerana kebarangkalian kejadian tanah runtuh berlaku adalah tinggi.

Beliau juga bersyukur kerana ketika aini Taman Negara Gunung Kinabalu ditutup bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sekali gus mengelakkan risiko kehilangan harta benda atau nyawa pengunjung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN