Sukuran (tengah) bersama peserta yang menyertai program tersebut
LABUAN: Program MCMC Microsoft AI Teach merupakan inisiatif yang dirangka khas oleh kerajaan bertujuanĀ memajukan rakyat Malaysia dalam era teknologi digital yang sedang berkembang pesat.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Sukuran Mohd TaibĀ berkata selain itu ia juga bertujuan untuk memperkasa komuniti di seluruh negara dengan ilmu dan kemahiran dalam bidang AI.
āprogram ini jugaĀ merupakan inisiatif penting dalam agenda digital negara danĀ ia juga selari dengan visi Wilayah Persekutuan Labuan yang digariskan dalam Pelan Tindakan Bandar Pintar Labuan 2030ā katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program tersebut di bilik Seminar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), di sini baru baru ini.
Beliau yakin program itu secara tidak langsung memberi akses kepada teknologi dan kemahiran digital yang relevan untuk ekonomi masa depan.
Dalam waktu yang sama beliau berkata, ia mampu meningkatkan kemahiran dan keupayaan tenaga kerja tempatan di wilayah ini agar lebih bersedia menghadapi cabaran industri masa depan.
Sukuran berkata, teknologi itu juga memberi manfaat kepada komuniti setempat mempelajari teknologi terkini yang diperlukan dalam bidang ekonomi digital.
Hadir sama Pengarah MCMC Wilayah Persekutuan Faisal Hamdi Mohammed Ghouth dan Pengarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid.
Seramai 250 orang menyertai program berkenaan membabitkan empat lokasi iaitu UMSKAL, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Pusat Teknologi Pendidikan Labuan.
Ā
Ā
Ā
Ā
Ā
Ā
Ā
Ā
Ā
Ā
Ā
Ā
Ā
Ā
Ā