27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tanpa MoU PH-Perdana Menteri, Pindaan RUU Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 tidak mungkin dilaksanakan: Madius

Wilfred Madius Tangau

KUALA LUMPUR: Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak dapat dilaksanakan tanpa Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dan Perdana Menteri.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) berkata, walaupun MoU ini dikecam oleh sesetengah pihak namun, hal pelaksanaan MA63 adalah antara syarat yang telah dipersetujui.

“Syukur, hari ini adalah sebahagian daripada MoU. Tiada MoU tiadalah pindaan ini,” katanya.

Ujar beliau, pindaan itu sememangnya ditunggu-tunggu sejak pengumuman YB Langkawi Perdana Menteri ketujuh, semasa Sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu pada 16 September 2018.

“Bahawa di mana Sabah dan Sarawak adalah rakan setara atau equal partner Federation of Malaya dan perlu dilaksanakan melalui pindaan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan Pakatan Harapan telah pun bentangkan di Dewan ini namun, tidak mendapat sokongan dua per tiga pada ketika itu.

“Tuaran berharap pada kali ini walaupun pindaan itu sama saja dengan Pindaan yang telah dibentangkan pada ketika itu, kita berharap mereka yang tidak sokong pada ketika itu, sokonglah pada kali ini,” kata Madius.

Beliau berkata demikian dalam Ucapan Perbahasan di Persidangan Parlimen Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN