25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Jun 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tanah Runtuh depan simpang masuk Taman Kinabalu tidak libatkan jalan utama.

MENINJAU…. DSP Sammy (kiri) ketika meninjau kawasan tanah runtuh yang berlaku pada pagi Rabu

RANAU: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kilometer 20 Jalan Ranau – Tamparuli, dekat simpang masuk Taman Kinabalu di sini pagi tadi tidak melibatkan jalan utama.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton berkata, jalan dari kedua-dua arah Kota Kinabalu – Sandakan masih boleh dilalui semua jenis kenderaan.

“Hasil pemantauan di lokasi  mendapati tanah runtuh merupakan kawasan tempat letak kenderaan awam berhadapan simpang masuk ke Taman Kinabalu, dipercayai akibat hujan yang berterusan di daerah ini sejak beberapa hari lalu.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan kawasan yang terlibat tidak melibatkan penempatan penduduk kampung.

“Kerosakan harta benda dan anggaran nilai kerosakan belum ditaksirkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

RUNTUH..sebahagian kawasan yang runtuh

Menurut DSP Sammy, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)  dan syarikat konsesi Lintasan Resource Sdn. Bhd telah dimaklumkan dan kerja-kerja pemantauan diteruskan pihak JKR Ranau.

Tambahnya, pihak pengurusan Taman- Taman Sabah telah menutup lokasi dan laluan tersebut lebih awal sebelum kejadian.

Terdahulu lebih kurang jam 07.15 pagi, 20 Januari, telah berlaku tanah runtuh di lokasi CH51.400/ KM88.000 (RHS) melibatkan tempat letak kenderaan awam  dekat simpang masuk ke Taman Kinabalu membabitkan kawasan 100 meter lebar, 150 panjang dan 200 meter kedalaman.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN