ADVERTISEMENTspot_img

Taman Rekreasi Awam Labuan mampu lonjakkan gaya hidup sihat warga Labuan

Rithuan bersama staff Perbadanan Labuan ketika merasmikan Taman Rekreasi Awam Labuan, pada Rabu.

LABUAN: Taman Rekreasi Awam Labuan yang telah siap sepenuhnya selepas kerja kerja menaik taraf bukan sahaja mampu melonjakkan gaya hidup sihat warga Labuan tetapi juga meningkatkan kemudahan riadah yang lebih berkualiti.

Projek menaik taraf Taman Rekreasi Awam Labuan yang terletak di kawasan tanah 10 ekar di Jalan Tanjung Purun bernilai RM495,382.00 itu telah pun siap sepenuhnya pada bulan Jun tahun lalu.

Kos menaik taraf Taman Rekreasi Awam Labuan telah dibiayai oleh Jabatan Landskap Negara melalui Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi inisiatif Taman Rekreasi MADANI.

Sementara itu, taman rekreasi yang kini boleh digunakan sepenuhnya dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail, pada Rabu.

Taman Rekreasi Awam Labuan yang siap sepenuhnya selepas dinaik taraf.

Rithuan ketika ditemui media berkata taman berkenaan direka bentuk sebagai sebuah taman yang inklusif membolehkan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur beriadah sekaligus menggalakkan gaya hidup sihat yang lebih harmoni.

Katanya, taman yang terletak di pusat bandar ini telah dilengkapi kemudahan trek joging sejauh 800 meter, padang bola sepak pantai serta kemudahan untuk aktiviti senaman luar.

“Perbananan Labuan akan terus menambah baik taman ini dengan membina tiga buah gelanggang permainan Pickleball dan Sepak Takraw yang dijangka dapat disiapkan menjelang akhir tahun ini”, katanya.

Dalam waktu yang sama beliau turut menyeru orang ramai supaya melainkan peranan untuk menjaga kemudahan yang terdapat di kawasan itu sentiasa kekal dalam keadaan yang baik demi kepentingan bersama.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN