31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

TABARU FC JOHAN BOLA SEPAK FUTSAL TERTUTUP PIALA HJ. JUNAIDI SAHAT

Pasukan TABARU FC, johan pertandingan tersebut

Ranau: Pasukan bola sepak futsal TABARU FC mewakili Kampung Tagudon Baru, muncul johan pertandingan bola sepak futsal tertutup daerah merebut Piala Haji Junaidi Sahat yang berlangsung di Marakau Extreme Futsal, baru-baru ini.

Pasukan TABARU FC berjaya menewaskan pencabar sengit di perlawanan akhir yang dikenali sebagai pasukan J1R. Pasukan TABARU FC berjaya menundukkan pasukan J1R melalui 2 jaringan tanpa balas yang seterusnya menobatkan mereka sebagai salah sebuah pasukan digeruni di daerah ini.

Pasukan J1R, Naib Johan

Dengan kemenangan itu, pasukan TABARU FC berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM1000 manakala pasukan J1R mendapat RM700.

Pemenang tempat ketiga ialah pasukan KUPI PAHIT mewakili Kampung Sinarut Lama. Mereka membawa pulang wang tunai bernilai RM350.

Arthur Maurice ketika dihubungi media berkata, pihak penganjur kejohanan ingin merakamkan ucapan setinggi terimakasih atas sokongan dan penyertaan semua pasukan yang telah mengambil bahagian.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN