SIMBOLIK….Dr Fary (tiga dari kanan) merasmikan secara simbolik Program Gotong Royong Denai Sungai Kebangsaan sempena Sambutan Hari Air Sedunia peringkat Labuan sambil diperhatikan Amir (kanan sekali) dan Juniaddi (tiga dari kiri).
LABUAN: Sungai Kinabenua sepanjang 1 kilomenter dicadangkan sebagai satu lagi denai sungai Kebangsaan sekaligus mampu menjadikan salah satu lokasi tumpuan komuniti setempat dan juga pelancong di pulau ini.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman ketika berucap merasmikan Program Gotong Royong Denai Sungai Kebangsaan (DSK) sempena sambutan Hari Air Se Dunia peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di denai Sungai Gersik, di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata, sebelum ini Sungai Kinabenua telahpun menerima peruntukan sebanyak RM1.75 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) untuk dinaik taraf sebagai eko pelancongan dan cadangan untuk menjadikan Sungai Kinabenua sebagai Denai Kebangsaan ia sekaligus menjadi tambahan kepada khazanah Labuan yang perlu di jaga dan dipelihara oleh waraga Labuan.
“Sehingga kini Labuan mempunyai 1.24 kilometer denai sungai Kebangsan membabitkan Sungai Gersik sepanjang 540 meter dan Sungai Batu Arang sepanjang 700 meter”, katanya.
Dr Fary berkata, program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) adalah merupakan strategi tindakan pencegahan pencemaran melalui pendekatan kawalan berasaskan alam semula jadi.
“Pendekatan ini juga adalah bagi mendidik masyarakat agar menyayangi sungai sebagai sumber alam yang perlu dijaga. Pembinaan denai dan taman di kawasan rizab sungai juga secara tidak langsung menggalakkkan penglibatan orang ramai, komuniti setempat, badan korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dari aspek pengawasan, pemeliharaan dan pengindahan sungai” katanya.
Program Gotong Royong DSK yang disertai hampir 200 peserta anjuraan Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Labuan itu telah berjaya mengumpul sampah saraf seberat 466.5 kilogram.
Hadir sama pada program itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Labuan, Amir Hamzah Musa, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Labuan, Juniaddi Awang Tuah, Pengarah Bahagian Perbandaran Perbadanan Labuan, Dato’ Osman Che Jusoh dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Subzon 1, Haji Rahim Mohd Salleh.