28 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sumbangan: PEBEKA ucap terima kasih kepada Robert Tawik

Robert (tiga dari kanan)menyampaikan sumbangan kepada Mohammad Sidiq. Turut kelihatan Pemaju Mukim Tuarid Taud Rahman Bidin (dua dari kanan).

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyampaikan sumbangan kewangan kepada Persatuan Belia Kota Ayangan (PEBEKA).

Sambungan telah diterima oleh Pengerusi PEBEKA Mohammad Sidiq Bin Musa.

Mohammad Sidiq, mewakili ahli-ahli persatuan  merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert atas keikhlasan menghulur sumbangan tersebut.  

Katanya, sumbangan tersebut akan digunakan sepenuhnya oleh Persatuan dalam program-program yang telah dirancangkan oleh Persatuan.

“Antaranya adalah Food Bank Persatuan untuk mengagihkan barangan keperluan harian kepada penduduk kampung yang terkesan dengan PKP di kawasan N.40 Bingkor” katanya selepas menerima sumbangan itu.

Sementara itu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berharap program-program yang telah dirancang dapat dilaksana.

Mengenai dengan Food Bank Persatuan Robert berkata, semoga usaha murni PEBEKA ini dipermudahkan dan program ini berjalan dengan lancar.

“Sesungguhnya usaha persatuan belia seumpama ini adalah amat dialu-alukan dan dihargai untuk membantu mereka yang memerlukan” jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN