33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sumbangan bantuan daripada PBS, organisasi dan individu kepada mangsa banjir di Lumadan dihargai

Gambar – Hj Ruslan Muharam

0leh: CELESTINA U BUANDI

BEAUFORT: Seramai 2,000 keluarga yang terkesan oleh banjir besar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan telah dibantu melalui sumbangan makanan dan minuman daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), organisasi dan individu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, YB Hj. Ruslan Muharam, berkata beliau dan para penerima bantuan tersebut amat menghargai dan berterima kasih kepada kesemua para penyumbang sumbangan tersebut kerana dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

ā€œSaya mengucapkan terima kasih kepada Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr Maximus J. Ongkili, Datuk Joniston Bongkuai, Datuk Jhonny Mositun, Christopher Mandut (Pemuda PBS), para Ahli Majlis Tertinggi PBS Demis Rumanti, Fredoline Totin, Stanis Buandi, Pegawai Pemimpin Masyarakat, Diosolin dan Pegawai Eksekutif PBS, Marcilus Roman kerana terlibat sama dalam menyumbangkan bekalan makanan dan minumanā€, kata Hj. Ruslan.

ā€œSaya dan penduduk-penduduk kampung yang menerima sumbangan bantuan tersebut amat menghargainya dan berterima kasih kepada semua para penyumbang. Sumbangan tersebut telah dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga-keluarga tersebut,ā€ katanya dalam kenyataan medianya pada Khamis.

Katanya, Pejabat ADUN Lumadan telah menyalurkan sumbangan bantuan tersebut dengan segera kepada para Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang berkenaan sebaik sahaja menerima sumbangan tersebut, untuk diagih-agihkan kepada ketua-ketua keluarga yang terkesan.

Saya juga berterima kasih atas sumbangan bantuan daripada Datuk Surinam, YB Yamani Hafiz Musa, PBSMM Beaufort, TID 4WD Club Penampang, MYFUNDACTION, DR JASON & KLINIK SHUBA, KIM TECK CHEONG, BATARAS HYPERMARKET, SABAH CREDIT CORPORATION; Encik Cheng Teck Ming Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Wei Khor, Beaufort (pemilik CNF Hypermarket Beaufort; Encik Ku Vui Pin, Penasihat Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Sui Khor, Kota Kinabalu; Encik Chiam Thard Luany Ketua Biro Kebajikan, Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Wei Khor, Beaufort; Ahli-ahli Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Wei Khor, Beaufort dan Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Sui Khor, Kota Kinabalu; Nazaruddin Idris; Ah Bon (kontraktor), Pemborong Am Pelanduk Emas & En Armani; Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) & LAND ROVER TEAM; MM UNITED, Mr Chew KK, Pertubuhan Perpaduan Penampang, Ms. Emencel Kampung Lawa, Masjid At Taqwa KKMM Kota Kinabalu; Kakitangan Bank Rakyat Putatan,
Perkeso Kota Kinabalu, Kakitangan PNB Berhad, Kelab Velfire dan Alphard, Azman & Team, Desa Cake House, Hawa Madan & Friends, Perkasa Realty Sdn Bhd, Sepakat mulia, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) 35 Sindumin, PAS Bahagian Beaufort, 15 buah lori persendirian daripada loji rawatan air kampung Lawa Gadong serta para sukarelwan.

Hj. Ruslan (empat, kiri) menerima sumbangan makanan daripada Joniston Bangkuai (empat, kanan) sambil disaksikan oleh Jahid Jahim bersama dengan AMT PBS.

Sumbangan bantuan tersebut hasil inisiatif Hj. Ruslan yang telah memohon bantuan daripada pihak perseorangan dan organisasi yang sudi untuk membantu mangsa-mangsa banjir di DUN tersebut, yang bukan sahaja merupakan salah satu kawasan yang teruk dilanda banjir bahkan juga kekurangan bekalan air yang sangat diperlukan.

Hj. Ruslan juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn. Bhd, mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Daerah Beaufort, terutamanya Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, serta semua agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang banyak membantu rakyat di masa kesusahan.

Mengambil ikhtibar daripada masalah banjir tersebut, Hj. Ruslan berharap mereka yang hendak membina rumah di kawasan yang berisiko banjir agar membina rumah bertiang bagi mereka yang tinggal di kawasan rata manakala bagi mereka yang tinggal di kawasan bawah bukit perlu memindahkan rumah mereka di kawasan yang lebih selamat demi keselamatan diri, keluarga dan harta benda mereka.

ā€œSelain itu, kita juga perlu bersiap-sedia menghadapi kemungkinan berlakunya kemarau panjang selepas ini kerana daerah Beaufort sering mengalami masalah bekalan air paip terputus,ā€ katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN