AmdeSidik- adjunct lecturer in Communications, Law and Politics. He is also a researcher and writer. Chairman of a think tank institute-PIPPA.
Amde can be contacted at amdesidik@live.com
_________________________________
Ahli sejarah negara Brunei, Royal Professor Mohamad Jamil Al Sufri menyifatkan tuntutan [claim] Sultan Sulu dan pewaris pewarisnya adalah dongeng-metos tidak ada mana mana bahagian negara Borneo Utara pernah diserahkan kepada siapa siapa dalam mana mana era.
Isu Sultan Sulu menuntut PTBU timbul setelah perjanjian dibuat diantara Baron de Overbeck (BO) dengan Sultan Jamalulul Azam pada 22 Januari 1878. Tetapi tiga minggu sebelum itu BO juga menanda tangani perjanjian dengan Sultan Brunei Abd Momen iaitu pada 29 Desember 1877.
Perjanjian diantara Sultan Brunei dengan OB dan perjanjian diantara Sultan Sulu dengan OB merupakan mercu tanda tuntutan Sultan Sulu (1877–1878) sebelum itu tiada timbul isu tuntutan.
Isu perjanjian ini cuma melibatakan interpretasi bahasa dan perundangan. Isi perjanjian yang ditulis dalam skrip Jawi, abjad Arab dalam bahasa Melayu lama.
Pertikaian terhadap intrepretasi melibatkan bahasa Inggeris and bahasa Spanyol. Bahasa Inggeris mengistilahkan perkataan pajak ialah cession (the formal giving up rights, property or territory by a state) manakala Spanyol dan kefahaman Sultan Sulu perkataan pajak-lease
Mengenai dengan pembayaran RM5,300.00 ialah pembayaran penyerahan hak (cession money) kepada wakil Sultan Sulu merupakan satu istilah tanda (token) penyelasaian bukan hutang. Sebenarnya Kerajaan Britian tidak pernah membuat pembayaran; pembayaran di buat oleh syarikat Borneo Utara (British North Borneo Charted Company)individu, private enterprise.
Keputusan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara McCaskey membuat keputusan dictum pada 1939 dimana penyerahan (cession money ) diberikan kepada Dayang Piando Kiram yang terdiri daripada sembilan orang ianya merupakan isu aktiviti private enterprise bukan urusan kerajaan dengan kerajaan. Kerajaan Britian tidak campur tangan dan tidak pernah memberi ‘cession money’
Pembahgian seramai tujuh orang daripada mereka mendapat 1/24, dua orang mendapat 3/16 dan seorang mendapat 3/8 . Keputusan mahkamah itu juga bermakna penamatan perjanjian –temination of lease.
Isu perundangan antarabangasa, lihat juga (Abdul Gani Patail,2013) Sabah berhak untuk memerintah sendiri melalu process yang dipersetujui oleh Bangsa Bangsa Bersatu (United Nation) rakyat Sabah memilih dan membuat pilihan membentuk Malaysia bersama sama Malaya, dan Sarawak.
Sultan Sulu yang sudah tidak ada status dimata antarabangsa bermula 1836 dan banyak perjanjian (treaties) antarabangasa telah ditandatanagani antara Sultan Sulu dengan Spanyol, America, Dutch dan kerajaan Philipina, bermula tahun 1600s atau sebelumnya yang menunjukan bahawa kuasa Sultan Sulu sudah tidak ada. Pada tahun 1962 untuk membolehkan menuntut waris Sultan menyerahkan kepada kerajaan Philipine ini dilihat gimmick politic untuk kepentingan pemimpin tertentu.
Undang undang anatarabangsa telah membuat keputusan bahawa Philipine tiada hak keatas Pantai Timur Sabah Makamah Antarabangsa (International Court of Justice-ICJ) yang mengadili pembicaraan antara Malaysia dangan Indoneaia pada 7 Decemeber 2002 menolak campurtangan Philipine.
Kalau itu lah keputusan undang undang antarabangsa maka tidak ada asas untuk Sulu membuat tuntutan dan bagi rakyat Sabah tidak berminat untuk melayani pandanagn seperti ini.
Kembali bincang isu sejarah
Dalam konsep undang undang, seseorang itu tidak ada hak untuk memberi seseorang harta kalau harta itu bukan milik dia. PTBU tidak pernah dimiliki oleh Sulu dengan itu Sulu tiada hak untuk memberikan kepada sesiapa.
Setelah Sulu gagal menjstifikasikan melalui isu Perjanjian dengan BO mereka sekali lagi menuntut melalui sejarah.
Baca seterusnya:
Peperangan civil di negara Brunei melibatkan tiga adik beradik Sultan Brunei, Ali, Moben dan Muhiddin berakhir pada tahun 1660–1673. Peperangan ini memakan masa lebih kurang 13 tahun.
Ali telah dibunuh oleh Moben, disebabkan anak Ali membunuh anak Moben. Moben mengistiharkan dirinya sebagai Sultan. Moben melantik Muhiddin sebagai Bandahara. Pengikut pengikut Muhiddin pula mula manghasut Muhiddin agar membelas dendam sebab Moben membunuh Ali. Mulanya Muhiddin anggan. Tidak lama kemudian Moben dan Muhiddin bermusuhan adik beradik.
Dalam satu pertemuan yang dihadiri oleh ‘pahlawan pahlawan Sulu’ Muhiddin memberitahu, tetamu dia Sulu, apakiranya dapat menolong dia memerangi Moben, dengan bebarapa syarat contohnya, serangan harus bermula dari pulau Kengaran dan dari arah laut. Mengikut leganda sekira Muhiddin menang beliau akan menghadiahkan Pantai Timur Borneo Utara kepada Sulu-Sultan Sulu .
Dalam peperangan yang sengit anatara adik beradik akhirnya Muhiddin menumpaskan kubu Moben. Muhiddin kemudian mengetahui tidak ada seorang pun asar Sulu datang menolong Muhiddin. Manakala Sultan Sulu memberi alasan kedua dua yang berperang ini adalah saudara pupu mereka dengan itu mereka memilih untuk tidak meyabelahi mana mana pihak.
Selasai sahaja peprangan barulah askar askar Sulu datang dan merampas barang barang peperanagan yang membuat Muhiddin mukra dan marah kepada Sulu
Sejak dari hari itu, Sultan Brunei tidak pernah melayan Sulu apa apa juga yang berkaitan dengan peperangan yang berakhir pada 1669 hingga ke hari ini tiada isu penyarahan PTBU. Dalam satu narratif menyebut L Right, satu hari kumpulan dari Sulu datang ke istana Brunei atas alasan mencari air tetapi tujuan sebenar ialah ingin berjumpa Sultan untuk membincang tuntutan.
Sultan dengan berang berkata kalau tujuan kedatangan untuk membincangkan tuntutan PTBU beliau akan memancung kepala mereka, menyebabkan mereka Sulu berlarian.
Tiada sebarang tanda tanda, artifik, dokumen dan sebagainya ditemui yang menunjukan ada perjanjian mau pun penyerahan PTBU oleh mana mana Sultan dalam sejarah kesultanan Negara Brunei kepada siapa siapa termasuk Sulu. Bagi penduduk Brunei pula tuntutan Sulu merupakan cerita dongeng semata mata.
Give nothing when you have nothing to give ?…..
_________________________________
Notes:
This portion of article was excerpted from my earlier work written in English
Sulu refers to Sultan Sulu or Sultan’s representatives or people of that group
2. I omitted writing full names of personalities nor included titles on purpose.
3. Spellings of names can be varied
4. Thank you to Shri Jefferi for correcting my dates on paragraph 15