Rusdin menyalakan obor kejohanan sukan itu
RANAU: Sukan bukan sekadar medan pertandingan untuk mengejar kemenangan, sebaliknya ia merupakan platform-platform penting dalam membentuk sahsia, disiplin dan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.
ADUN Paginatan, Datuk Hj Rusdin Bin Riman berkata, sukan merupakan satu inisiatif yang bermakna dalam usaha melahirkan pelajar yang seimbang dan holistik yang bukan saja cemerlang dalam bidang akademik malah dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan hasrat falsafah kebangsaan.
Melalui kejohanan sukan, katanya, para pelajar berpeluang untuk menyerlahkan bakat dan potensi diri, meningkatkan tahap kecerdasan fizikal serta membentuk nilai-nilai murli seperti disiplin, kerjasama, kepimpinan dan semangat kesukanan yang tinggi.
“Nilai-nilai inilah yang akan membentuk jati diri pelajar sebagai insan yang berdaya saing berintegriti dan berkualiti pada masa hadapan.
“Melalui sukan kita belajar erti kerjasama, ketabahan, kepimpinan serta sikap saling menghormati nilai-nilai yang amat penting dalam kehidupan seharian,” kata beliau.
Rusdin berkata demikian semasa merasmikan Kejohanan Olahraga MSS SMK Ranau (SMKR) Kali Ke-20 yang berlangsung selama tiga hari (27-29 Januari) di Kompleks Sukan Ranau pada hari Selasa.
Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pengetua SMKR, Faridah Binti Raimin dan juga Ahli Jawatankuasa Penganjur, guru-guru serta ibu bapa yang telah berjaya menganjurkan kejohanan tersebut pada tahun ini.
Beliau amat berharap agar hubungan baiknya dengan sekolah itu yang telah terjalin sejak sekian lama akan terus diperkukuhkan demi kepentingan pendidikan dan pembangunan generasi muda di daerah ini.
Beliau turut mendoakan agar Kejohanan Olahraga Peringkat SMK Ranau tahun 2026 itu akan berlangsung dengan lancar, selamat, serta mencapai objektif penganjurannya.
“Kepada para atlet, bertandinglah dengan penuh semangat, berdisiplin dan sentiasa menjunjung tinggi nilai kesukanan.
“Jadikan kejohanan ini sebagai medan untuk mencabar keupayaan diri bukan semata-mata untuk meraih kemenangan tetapi sebagai peluang membina keyakinan dan jati diri.
“Ingatlah menang dengan bergaya itu membanggakan namun kalah dengan bermaruah itu lebih mulia,” kata beliau.
PIX
1 – Rusdin menyalakan obor kejohanan sukan itu
2 – Rusdin menerima cenderahati daripada Pengetua SMKR, Faridah Binti Raimin
3 – Rusdin melawat para kontinjen kejohanan yang mengambil bahagian dalam acara sukan tersebut



