30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sukan antara medium terbaik kukuhkan slogan Keluarga Malaysia.

Ghani diperkenalkan kepada setiap kontinjen yang menyertai kejohanan itu.

KENINGAU:Acara Sukan adalah antara medium terbaik dan mengukuhkan slogan Keluarga Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, ini kerana ia disertai pelbagai lapisan masyarakat terdiri semua suku kaum yang ada di negeri ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pembukaan Kejohanan Sukan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Pensiangan kali ke 18, 2022 di Mini Kompleks Sukan Nabawan di Nabawan pada Selasa.

Katanya, melalui acara sukan selain bertanding secara sihat,  ia secara tidak langsung juga  dapat menyatupadukan hubungan kekitaan dan semangat patriotisme

ini terbukti apabila siapa sahaja mewakili negara mahupun negeri kesemua rakyat malaysia akan memberi sokongan padu bersama.

Kejohanan MSSD Pensiangan ini berlangsung empat hari.

Pada majlis itu Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri (LKTNS)mengumumkan sumbangan kewangan sebanyak RM10,000 sebagai tambahan sumbangan RM5,000 yang diberikannya sebelum ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN