33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sturktur arca ‘Labuan Love’ di LIGC mampu gamit pengunjung

GAMBAR:RITHUAN (berdiri paling atas) bersama staff Perbadanan Labuan selepas melancarkan secara rasmi pembukaan arca tersebut kepada pengunjung.

LABUAN: Struktur arca ‘Labuan Love yang baharu siap di Labuan International Gofl Club (LIGC) dijangka  mampu mengamit pengunjung kerana lokasinya terletak   di kawasan strategik.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata, kedudukan struktur arca ini amat strategik kerana ia menghadap  matahari terbit dan juga matahari terbenam amat sesuai untuk orang ramai menikmati pemandangan  itu  pada sebelah pagi ataupun waktu petang.

“Keunikan struktur arca ini menampilkan dua pemandangan yang berbeza iatu  pada sebelah pagi memperlihatkan  pergerakan matahari terbit, manakala  pada sebelah petang pengunjung pula  akan dapat menikmati pergerakan matahari terbenam dan keunikan ini telah memberi nilai tambah kepada LIGC itu sendiri”katanya ketika ditemui media selepas melancarkan secara rasmi arca tersebut, pada Khamis.

Rithuan yakin struktur arca terbaru  ‘Labuan Love’ ini menjadikan satu lagi destinasi  terbaru yang mampu menarik pengunjung bukan sahaja melakukan aktiviti riadah dan bersosial tetapi juga mengabadikan potret kenangan yang menarik ketika mengunjugi Labuan.

Jelas Rithuan lagi, struktur arca yang dibina dengan kos RM20,000 itu  menyaksikan  rekabentuk yang menarik sesuai dengan  konsep LIGC ‘TeeOff  Mother Nature’ yang mana padang golf  bertaraf antarabangsa dikelilingi oleh tumbuhan semula jadi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN