30.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SOP PKP: Jika betul tiada aksess TV dan Internet, JAPEN perlu main peranan

YAZID….”Ini penting bagi mengelakkan keciciran maklumat dan perkembangan SOP PKP dikalangan penduduk setempat”

KENINGAU: Kalau betul masalah keciciran maklumat berkaitan dengan SOP PKP sampai ke kampung-kampung yang tiada aksess TV dan Internet Jabatan Penerangan boleh memainkan peranan menyampaikannya kepada penduduk setempat.

Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Dan kebajikan Ektnik KUJAU gana NABAI Sabah (KGNS ) Haji Yazid Mohd Hasnan Tawik berkata, Jabatan Penerangan perlu menjelajah di kampung-kampung yang tidak mendapat akses siaran TV dan radio dan membuat hebahan SOP PKP kepada kampung-kampung berkenaan.

“Ini penting bagi mengelakkan keciciran maklumat dan perkembangan SOP PKP dikalangan penduduk setempat” katanya mengulas dakwaan lapan orang penduduk Kampung Angalor di Tenom yang oleh petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya Kemabong – Tenom baru-baru ini yang tidak mendapat maklumat SOP PKP.

Lapan orang penduduk berkenaan menaiki van kereta sapu dan dikompaun RM1,000.00 setiap seorang.

Walau bagaimanapun Yazid menyifatkan dakwaan lapan penduduk tidak masuk akal kerana Kampung Angalor bukanlah kampung yang terpencil sangat kerana ia mempunyai akses jalan raya dan mendapat siaran TV dan radio.

Tindakan penguatkuasa SOP PKP mengompaun lapan orang penduduk itu yang dibuat liputan KDM TV yang melaporkan penduduk terbabit keciciran maklumat dan mempertikaikan tindakan PDRM dan agensi lain yang berkaitan tular dilaman media sosial.

“Adalah tidak wajar tindakan PDRM dipertikaikan dan harus diingatkan bahawa mereka adalah agensi penguatkuasa yang melaksanakan undang-undang negara Malaysia” jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN