SESI penanaman pokok Semambu sebagai gimik perasmian oleh Amir Hamzah.
LABUAN: Sekolah Menengah St.Anne (SAC) Wilayah Persekutuan Labuan mengadakan Majlis Pelancaran Ikrar Kelestarian Alam Sekitar sempena Hari Bumi, pada Khamis.
Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan, Amir Hamzah Musa.
Hadir sama Pengetua SAC Mary Anita Abah yang juga Penasihat Program, Yang Di Pertua PIBG Bonis Samid, Timbalan Yang Di Pertua, Khumrey El Faerouz dan Pegawai Perhubungan Sekolah, ASP Dorarin Guanoi.

PENOLONG Kanan Pentadbiran Aydah Patarusi menyerahkan pledge sumbangan wakil guru kepada Khumrey.
Majlis yang diadakan secara bersemuka dengan pematuhan SOP yang ketat itu turut dihadiri 34 orang pegawai dan guru.
Manakala 300 murid menyaksikan majlis pelancaran melalui Facebook Live Streaming di dalam kelas masing-masing dengan pengawasan 15 orang guru.
Bonis ketika berucap pada majlis itu berkata, program tersebut bertujuan untuk membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar merangkumi aspek pengurusan dan penghijauan berterusan bagi mewujudkan amalan hidup selaras dengan konsep pembangunan lestari.
Bersempena dengan majlis tersebut aktiviti pengisian yang dijalankan ialah penyerahan pledge daripada murid, ibu bapa dan guru serta agensi luar sebagai simbolik sokongan kepada pihak sekolah untuk memantapkan lagi aspek pengurusan dan penghijauan di seluruh persekitaran sekolah disamping projek pembinaan pusat kitar semula dalam sekolah.
Sementara itu, Amir Hamzah dalam ucapan perasmian menyeru agar semua pihak menangani masalah alam sekitar dengan penuh komited kerana manusia dan alam sekitar mempunyai hubung kait yang sangat rapat.
Jelasnya, pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar perlu dilaksanakan decara berterusan dan bermula dari peringkat awal usia lagi dan diperluas skop kolaborasinya ke pelbagai sektor lain dan akhirnya dalam kalangan masyarakat setempat.
“ Hari Buni yang disambut setiap tahun bermula tahun 1970 bertujuan menyedarkan penduduk bumi mengenai kepentingan menghargai bumi” katanya.
Tema Hari Bumi tahun ini ialah Restore Our Earth atau Pilihkan Bumi Kita.



