ADVERTISEMENTspot_img

Skuad Anak Sabah dilancar Oktober di Stadium Likas

(Dari kiri) Naib Presiden 1, David Ng Chi Fong, Timbalan Presiden 11, Dato Sri Norhaiza Abu Bakar dan Naib Presiden 11, Marlina Madjid semasa sidang media hari ini.


KOTA KINABALU: Skuad Anak Sabah akan dilancarkan secara rasmi awal Oktober depan di Kompleks Sukan Likas, sekali gus menjadi titik tolak kepada gerakan anak jati Sabah dalam memperkukuh kebajikan, perpaduan masyarakat dan semangat patriotisme di negeri ini.

Timbalan Presiden II Skuad Anak Sabah, Dato Sri Norhaiza Abu Bakar berkata, pelancaran itu dijangka disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dengan penyertaan kira-kira 18,000 ahli.

Beliau berkata, skuad berkenaan ditubuhkan sebagai platform menghimpunkan anak jati Sabah untuk memperjuangkan kepentingan rakyat serta menjadi jambatan kerjasama antara generasi muda, belia, dewasa dan warga emas.

“Skuad Anak Sabah beriltizam menjalankan aktiviti kebajikan, menyediakan jaringan kerjasama sosial, memperkasa tenaga sukarelawan, menyemarakkan semangat patriotisme serta mempromosikan kepelbagaian etnik di Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pertubuhan itu digerakkan berlandaskan empat teras utama iaitu kebajikan setiap lapisan masyarakat, semangat patriotisme, perpaduan etnik serta pemerkasaan ahli melalui inisiatif kebajikan, pendidikan, keusahawanan dan faedah asas.

Norhaiza berkata, pihaknya yakin pelancaran rasmi itu akan mengukuhkan lagi peranan anak jati Sabah dalam usaha membantu pembangunan negeri menerusi kebajikan masyarakat, perpaduan dan penyertaan aktif generasi muda.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN