27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SK.Paginatan muncul juara Kejohanan MSSM Zon Timur 2020.

Aeden Dale Maurice bersama adik Muhammad Zulsyazwan Abdul Rajin diumumkan sebagai Olahragawan bersama, manakala Nurul Natasya Usani dinobatkan sebagai Olahragawati

Oleh: SALWAH ARAMAT

RANAU : Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Paginatan muncul juara setelah berjaya mengutip 4 Pingat Emas, Enam Perak dan 4 Gangsa pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) peringkat Zon Timur di Kompleks Sukan daerah di sini barU-baru ini.

Naib johan disandang pasukan SK.Miruru mengutip 4 Emas, 4 Perak dan 1 Gangsa meletakkan pasukan SK.Nunuk Ragang di tempat Ketiga yang mengutip 3 pingat Emas dan 2 Perak, disusuli SK.Matupang meraih 2 pingat Emas, 1 Perak dan 2 Gangsa untuk menduduki tangga keempat mengetepikan 7 pasukan sekolah lain yang turut berentap pada kejohanan iaitu, SK.Tampios (2 Emas,1 Perak,1 Gangsa), SK.Paus (1 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa), SK.Kananapon (1 Perak dan 3 Gangsa), SK.Sagindai (1 Perak dan 2 Gangsa) dan SK.Nalapak juga 1 Perak, 2 Gangsa, manakala dua sekolah lagi, SK.Tinanom dan SK.Seri Nukakatan gagal mengutip sebarang pingat pada kejohanan tahun ini.

KAMI JUARA……..Kontinjen SK. Paginatan merakam gambar selepas menerima hadiah.

Manakala Johan pertandingan Perbarisan Lintas Hormat disandang Kontinjen SK.Nalapak yang juga meraih gelaran johan pertandingan Maskot pada kejohanan berkenaan.

Sementara itu, adik Aeden Dale Maurice (SK.Paginatan) bersama adik Muhammad Zulsyazwan Bin Abdul Rajin (SK.Nunuk Ragang) diumumkan sebagai Olahragawan bersama, manakala Nurul Natasya Binti Usani dari SK.Tampios dinobatkan sebagai Olahragawati sempena kejohanan dua hari itu (15-16 Januari), yang perasmian majlis Penangguhan Kejohanannya telah disempurnakan Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, yang juga mantan Pengetua Cemerlang SMK.Mat Salleh, Majus Munsing.

Majus dalam ucapannya , memuji Guru-Guru Besar, guru-guru dan para ibu bapa sekolah-sekolah Zon Timur kerana berjaya menganjurkan kejohanan itu hasil permuafakatan bersama, bagi melahirkan para atlit yang boleh diketengahkan bagi mewakili Zon Timur ke kejohanan MSSM peringkat daerah Ranau Februari depan di venue yang sama.

Beliau seterusnya mengajak semua warga sekolah termasuk guru-guru dan para ibu bapa agar terus bermuafakat memberi galakan kepada anak-anak bergerak aktif melibatkan diri dalam apa juga program di sekolah khususnya dalam aspek Kurikulum, Kokurikulum serta pemantapan sahsiah diri yang unggul.

Majus menyampaikan hadiah kepada Olarahragawan-Wati disaksikan Rabdunieh

“Mari kita sama sama membudayakan permuafakatan dan bekerjasama bersepadu menjayakan program diperingkat sekolah demi anak anak kita, sebagai aset utama masa depan negara”, jelas Majus sambil mencadangkan kepada semua sekolah, supaya memberi Sijil Anugerah sebagai motivasi dan penghargaan kepada mana mana ibu bapa yang banyak membantu dalam menjayakan apa juga program di peringkat sekolah.

Beliau menegaskan kejohanan seumpama itu, merupakan wadah yang terbaik sebagai medan mencergaskan fizikal dan mencerdaskan minda anak-anak, yang turut menjadi kayu pengukur kelayakan memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seterusnya menjadi landasan menceburi bidang pekerjaan pada masa akan datang.

Menurut Majus, kecemerlangan dalam bidang Akademik sahaja tanpa kejayaan bidang Kokorikulum, kemahiran dan disiplin serta sahsiah yang terbaik boleh menjejaskan kelayakan lepasan sekolah (IPT) untuk memohon sebarang jawatan dalam perkhidmatan awam.

Beliau menegaskan, hasrat untuk menjawat dalam perkhidmatan awam perlu diubah kepada bidang kemahiran yang lain seperti menjadi Ahli Perniagaan, Petani Yang berjaya, Pengusaha Pelancongan yang berjaya, menjadi seorang yang hidup mewah (kaya-raya) dan bukan setakat bercita-cita menjadi seorang ahli Bomba, Polis, Cikgu, Juruterbang dan Peguam yang kini sudah berlambak di pasaran.

Turut berucap ialah, Guru Besar SK.Nukakatan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan, Rabdunieh Bin Jalil dihadiri Guru-Guru Besar dan guru-guru Zon Timur bersama ratusan ibu bapa dan pelajar.-T A M A T-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN