25 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SJR di daerah Ranau berjalan lancar

SEKATAN….Sebahagian petugas di di SJR 1 Ranau-Telupid.

0leh: Jainudin Nasir

RANAU: Semua lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di daerah ini sempena hari petama pelaksanaan   Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) Penuh, seluruh negara berjalan dalam suasana yang baik dan lancar.

Tinjauan  penulis ke SJR 1, 2 dan 3 di kawasan sempadan Ranau pagi tadi mendapati, semua petugas terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Rela menjalankan tugas.

Semasa tinjauan ke SJR1 jalan Ranau-Telupid mendapati seramai  4 orang petugas terdiri 2 anggota PDRM dan 2  anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sedang bertugas.

Tugasan di SJR1 diketuai Lns.Kpl. Mohd. Qayser Roy Mardin dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau.

Antara tugasan di setiap lokasi SJR ialah memastikan pengguna jalanraya mematuhi  SOP dan peraturan yang ditetapkan sepanjang PKP penuh dikuatkuasakan.

Sepanjang SJR bermula 1-14 Jun , antaranya setiap satu kenderaan dibenarkan hanya dua penumpang sahaja termasuk  pemandu  kecuali keadaan tertentu, mempunyai dokumen sah Rentas Daerah dari mana-mana Balai Polis dan memakai pelitup separuh muka.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN