Robert menandatangani plak perasmian dewan terbuka Apin-Apin.
KENINGAU: Sistem saliran tali air sawah, perparitan di Kampung Ranggom dan Minansut di kawasan Bingkor perlu dinaiktaraf dan kerap diselanggarakan bagi mengatasi limpahan air dan banjir apabila hujan berterusan.
Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Bingkor, Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, limpahan air di kawasan berkenaan berlaku disebabkan saliran tidak lancar menyebabkan banyak kerugian dan kemusnahan harta benda termasuk hasil pertanian penduduk kampung.
Menurut Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya, sistem perparitan yang tidak kerap diselenggera masih perlu dinaiktarafkan dan juga sistem tali air Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) perlu diperbaiki dan disamping pembinaan culvert-culvert bagi mempung limpahan air pada musim hujan.
Beliau menyatakan perkara ini kepada media selepas merasmikan dewan terbuka Apin-Apin dan gotong-royong perdana kawasan pekan Apin-Apin pada Sabtu lepas.
Terdahulu pada Jumaat Robert yang diiringi oleh Jurutera Bahagian JKR Keningau Zuljefli Salip Arjud, Jurutera Daerah JPS Keningau Ir Dachord Moujing dan wakil Konsesi Globinaco dan Lintasan Resources serta kakitangan UPPM Bingkor bagi mengenalpasti punca limpahan air dan banjir yang sering berlaku.
Lawatan itu juga bertujuan membincangkan penyelasaian jangka panjang bagi mengatasi masalah limpahan banjir yang sering berlaku di Kampung Semangkok dan sekitarnya.
Selepas lawatan itu Robert berkata, penduduk di Kampung Semangkok, Apin-Apin dicadangkan agar berpindah di kawasan yang lebih selamat disebabkan kawasan kediaman mereka hampir runtuh akibat hakisan tebing sungai.
Katanya, mereka akan dibantu melalui program bantuan rumah PBR dibawah peruntukkan jawatankuasa bencana alam.