29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SIMPANAN TANGKI AIR PEGALAN PERLU BAGI MENGATASI MASALAH KEKURANGAN AIR

“Saya yakin masalah kekurangan air tersebut dapat diselesaikan dengan pembinaan tangki simpanana air terutama pada musim kemarau yang panjang”

-Robert Tawik-

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bingkor Robert Tawik (gambar) mencadangkan kepada pihak kerajaan negeri supaya membina tangki simpanan air  di sungai Pegalan sebagai alternatif untuk menyelesaikan masalah kekurangan air di daerah ini.

Beliau berkata, masalah kekurangan air tersebut telah lama berlaku yang melibatkan 10,000 pengguna di kawasan ini.

Katanya, cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah kekurangan air tersebut adalah dengan membina tangki simpanan air daripada sungai Pegalan yang mana mampu menampung jumlah air yang mencukupi di daerah ini dalam jangka masa yang lama.

Menurut Robert, beliau telah menyuarakan perkara tersebut semasa sidang DUN baru-baru ini dan Menteri yang bertanggungjawab telah menyatakan perkara tersebut telah di masukkan ke dalam senarai program pembangunan bekalan air dalam Rancangan Malaysia ke 12 (RMK12) di bawah pembiayaan pinjaman mudah persekutuan dan ianya tertakhluk kepada pertimbangan dan kelulusan Kementerian Alam Sekitar Malaysia.

Beliau berkata pembinaaan  air dan pengepaman air  daripada sungai pegalan akan berfungsi untuk menyalurkan air mentah daripada sistem pengepaman daripada sungai tersebut kepada loji rawatan air di Bunsit di Bingkor Keningau.

“Saya yakin masalah kekurangan air tersebut dapat diselesaikan dengan pembinaan tangki simpanana air terutama pada musim kemarau yang panjang” katanya.

Jelas Robert, Jabatan Air juga mencadangkan pembinaan tangki simpanan air di sungai Pegalan sebagai program  penyaluran air jangka panjang untuk pengguna yang berada di Keningau.

“Masalah kekurangan air yang kritikal telah lama dihadapi oleh pengguna di Keningau sekiranya musim kemarau berterusan, pengguna di keningau hanya bergantung dengan loji rawatan air di Bunsit” tambah beliau.

Robert berkata, menurut laporan Jabatan Air Keningau, sejak perlaksanaan PKP, 16 kawasan telah mengalami masalah kekurangan air dan jabatan tersebut telah menghantar bekala air yang dirawat ke kawasan berkenaan.

Kawasan tersebut adalah  Kampung Baru Bingkor, Kampung Kodop Baru, Kampung Kiau Darat, Kampung Tohan Baru, Kampung Lipasu, Kampung Labak Baru, Kampung Labak Awas Awas, Kampung Tagai, Kampung.Tamoi, Kampung Kuangoh, Kampung Pagansangan, Mukim merampong, Mukim Apin-Apin, kawasan perumahan SMK Gunsanad, Sekolah Henry Gurney dan kawasan perumahan Villa Palma.

Menurut beliau lagi, langkah langkah jangka pendek dan panjang bagi menghadapi masalah tersebut juga telah diambil oleh Jabatan Air

Buat masa ini katanya, Jabatan Air telah membuat penghantaran air menggnakan lori tangki air dan pembukaan ruang di kawasan loji tersebut bagi membolehkan pengguna mengambil sendiri air yang telah dirawat.

Sementara itu, Jabatan Air telah  mengambil pendekatan jangaka panjang dengan membina tangki simpanan air di kawasan sungai Pegalan dibawah pembiayaan kerajaan persekutuan

“Pencatuan air telah dilaksanakan oleh Jabatan air di kawasan yang terjejas. Walaubagaimanapun situasi tersebut bergantung dengan keadaan sungai tersebut” katanya.

Dalam perkembangan lain Robert  berkata, berdasarkan rekod daripada Jabatan Pertanian Daerah, 840 petani daripada 16 perkampungan di kawasan ini mengusahakan sawah padi seluas 2245 hektar juga menghadapi masalah kekurangan air untuk menyalurkan air ke sawah padi mereka.

Maklumat yang telah diperolehi daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, jabatan berkenaan telah membuat pengagihan dan catuan apabila kapasiti air di sungai Bayoyo rendah

“Masalah utama adalah kapasiti air yang rendah di sungai Bayayo dan jumlah air yang di rawat oleh jabatan air” tambah beliau.

Robert juga berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran juga mengedarkan pekeliling kepada Ketua Ketua Kampung, Majis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Ketua-Ketua Blok dan petani dibawah Skim Pengairan di Bingkor dan Bingkor Lama semenjak 7 April lepas bagi mengagihkan air untuk menyalurkan air ke kawasan sawah padi mereka. Tamat/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN