27.7 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Shahidan tinjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS)  mangsa banjir kilat.

Prihatin….. Shahidan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir ketika meninjau PPS Balai Bomba Rancha-Rancha, pagi tadi.

LABUAN: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kasim yang sedang melakukan lawatan kerja dua hari  ke Labuan berpeluang  meninjau  7  buah keluaraga  mangsa banjir kilat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Balai Bomba Rancha-Rancha  dekat sini, pagi ini.

Kesemua mangsa banjir seramai 40 orang  dari 7 keluarga itu dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air melebih paras punggung akibat beberapa buah kampung dilanda hujan lebat   tanpa henti  sejak malam tadi.

Shahidan yang diiringi oleh Timbalannya Datuk Seri Jalaludin Alias dan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias  turut mengualurkan bantuan makanan kepada mangsa.

“Hari ini merupakan lawatan kerja pertama saya ke Labuan untuk meninjau pembangunan Labuan, namun tak disangka pula berlaku hujan lebat yang menyebabkan beberapa  rumah penduduk kampung terjejas akibat banjir kilat dan  terpaksa di pindahkan dan ini adalah program pertama saya yang tidak disangka-sangka  untuk melawat mangsa banjir kilat” katanya.

Dalam pada itu  bayi berusia enam bulan antara 40 mangsa yang berjaya dipindahkan  dalam kejadian banjir kilat  tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan Ismaidi Ismail berkata balai bomba Rancha-Rancha menerima laporan mengenai banjir kilat pada 3 pagi tadi dan segera menghantar pasukan penyelamat untuk memindahkan mangsa.

Anggota Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (APM) memindahkan penduduk kampung yang terjejas dengan banjir kilat di kampung Rancha-Rancha.

 “Operasi memindahkan mangsa banjir mendapat kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM). Seramai 40 orang daripada tujuh kelurga dipindahkan ke dewan balai bomba Rancha-Rancha,” katanya ketika ditemui di PPS Dewan Balai Bomba Rancha-Rancha.

Beliu berkata banjir yang berlaku di beberapa buah kampung  termasuk di  Rancha-Rancha berpunca daripada hujan lebat dan air pasang.

“Sebahagian rumah air naik sehingga paras pinggang, manakala sebahagian jalan juga ditenggelami air setinggi paras lutut menyebabkan ia berbahaya kepada kenderaan kecil seperti motosikal,” katanya hari ini.

Beliau berkata selain  itu sebanyak 21 buah kereta termasuk tujuh buah motorsikal terjejas, tujuh  daripada berjaya diselamatkan, manakala 10 buah   lagi gagal dipindahkan.

Salah seorang mangsa, Roseemiyzal Nordin, 36 tahun ketika ditemui berkata,  beliau  bersama isteri  menyedari rumah mereka dinaiki air kira-kira jam 3 pagi selepas mendapati air mula memasuki rumahnya separas lutut  sambil menambah beliau telah diselamatkan untuk berpindah oleh anggota bomba yang bertugas.

Bagaimanapun dalam kejadian itu beliau  menghadapi kerugian hampir RM150,000 apabila dua buah kereta serta beberapa kelangkapan rumah yang lain rosak teruk akibat banjir.

 “ Ini adalah banjir paling teruk melanda rumah kami berbanding kejadian banjir yang pernah berlaku sebelum ini” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN