WATIKAH… Arifin menyampaikan watikah pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi PBNS kepada Awang LahapĀ @ Awang Syairin Awang Bakar (tiga dari kiri) disaksikan Ismail (kiri) Yahya (dua dari kiri), Ruslan (dua dari kanan) dan Omar (kanan).
KOTA KINABALU: Semua pentadbir institusi terutama agensi kerajaan perlu memberi penekanan terhadap penambahbaikan dan tatakelola kewangan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata,
pengurusan kewangan yang cekap dan telus amat penting terutama kepada agensi-agensi Islam di negeri ini.
“Tugas ini merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dan mesti bermula daripada diri kita sendiri.
“Perkara ini merupakan asas penting bagi memastikan proses penerimaan dan agihan kewangan menepati semua kehendak syarak serta peraturan kewangan yang ditetapkan.
“Perancangan tatakelola yang konkrit dengan menatijahkan ketelusan, akauntabiliti, keterangkuman dan keberkesanan proses kewangan mampu mewujudkan pengurusan yang baik dan telus,” katanya
.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Watikah Ahli Lembaga Pengarah dan Majlis Penyerahan Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Perbendaharaan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) Tahun 2022 di Tanjung Aru, pada Jumaat.
Menurut beliau, tatakelola yang baik bukan terhasil dengan sendiri atau secara kebetulan, sebaliknya adalah perancangan dan usaha gigih pihak pengurusan serta kakitangan institusi tersebut bagi merealisasikannya.
Beliau yang jugaĀ ExcoĀ AgamaĀ danĀ ExcoĀ Pendidikan Negeri Sabahturut menyarankan agar PBNS, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan agensi-agensi agamaĀ Islam di negeri ini untuk bersama menjalinkan kerjasama bersama agensi sektorĀ korporat persekutuan dan negeri dalam menerokai peluang-peluang perolehan baharu.
Pada majlis tersebut beliau turut merakamkan penghargaanĀ kepada pihak pengurusan dan kakitangan PBNS kerana berjaya mematuhi proses pengauditan kewangan sehingga berjaya memperolehi Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan PBNS Tahun 2022.
Turut diadakan adalah Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah PBNS yang baru serta penyampaian sumbangan kewangan kepada lima buah Sekolah Tahfiz dan Madrasah Islam.
Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam, Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Pengerusi PBNS Datuk Omar Rasul As Salam Syah Datuk Sulaiman Omar, Ketua Pegawai Eksekutif PBNS Ismail Mohd Adnan serta Timbalan Pengarah Audit Negara Negeri Sabah Halimuddin Chongee. /Penerangan–