25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

SESB lantik Institut Integriti Malaysia (IIM), mantapkan budaya kerja berintegriti.

TANDATANGANI…. Ir Abd. Affidz (kiri)  menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) disaksikan Yusizzudin (tengah).

LABUAN: Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) telah melantik Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai usaha memantapkan warga SESB yang beritegriti sekaligus kearah mendapatkan  pensijilan MS ISO 37001 yang disasarkan pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir. Ts Mohd Yaakob Haji Jaafar berkata pada tahun lalu Pelan Antirasuah SESB (2021-2025) telah dilancarkan dengan memberi kepada enam bidang keutamaan melibatkan bidang kewangan, Perolehan, Sumber Manusia, Keselamatan, Pengurusan Projek dan Tadbir Urus  bagi menangani masalah rasuah dan salahlaku integriti di SESB.

“Sehubungan itu saya menyeru kerjasama pihak pengurusan dan seluruh warga SESB mempunyai semangat integriti yang tinggi   dan komited untuk mematahui Sekyen 17A, Akta SPRM 2009” katanya.

SEBAHAGIAN… kakitangan SESB Labuan melafazkan ikrar bebas rasuah sempena Program Jelajah Integriti SESB  2022.

Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Integriti SESB 2022 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di salah sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Selain itu katanya, SESB sentiasa peka dengan perubahan-perubahan dan akan mengambil maklum nasihat dan panduan daripada pelbagai pihak dari masa ke semasa dalam menjayakan matlamat mentranformasikan SESB menjadi organsasi Berintegriti Bebas Rasuah.

Turut diadakan pada majlis itu lafaz ikrar  dan menandatangani  Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh warga SESB Labuan yang disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Rasuah Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan, Penolong Pesuruhjaya Mohd Yusizzudin Mohd Yusof.

Hadir sama, Pengurus Besar Sumber Manusia  SESB, Jait Aziz, Ketua Pegawai Integriti dan Tadbir Urus SESB,Hamizah Haji Hussain dan Pengurus SESB Zon Labuan, Ir Abd. Affidz Mohd Mokmin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN