29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 534 petugas barisan hadapan di Tenom daerah akan menerima vaksin

Duduk dari kiri: Raime, Rubin dan Sungkim bersama Dr.Francesca (berdiri tiga dari kanan) dan petugas barisan hadapan yang lain antara penerima awal vaksin pada Pelancaran Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 Peringkat Daerah  Tenom pada Isnin.

TENOM:Seramai 534 petugas barisan hadapan di daerah ini akan menerima vaksin Pfizer Biontech yang sudah bermula pada  Isnin.

Antara penerima awal vaksin ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Raime Unggi, ADUN Kemabong Datuk Rubin Balang dan Pegawai Daerah Tenom Sungkim Rumagun diikuti 15 lagi petugas barisan hadapan pada Pelancaran Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 Peringkat Daerah Tenom di Dewan Seri Panglima Antenom di sini pada Isnin

Sementera itu, selepas menerima vaksin ini, Adun Dilantik Datuk Raime Unggi berharap penduduk kampung sekitar daerah Tenom yang tidak mempunyai aplikasi My Sejahtera agar mendaftarkan nama mereka  di klinik berhampiran atau hospital Tenom untuk mendapatkan  vaksin ini.

“Jika tidak boleh dicapai aplikasi My Sejahtera saya minta kepada mana-mana individu supaya datang ke hospital ataupun klinik untuk mendaftar dan mendapatkan suntikan vaksin” katanya.

Sementara itu Pegawai Kesihatan Daerah Tenom Dr.Francesca Primus Chew berkata, bagi penduduk yang tinggal jauh dan tidak mempunyai kenderaan untuk ke Pekan Tenom bagi mendapatkan vaksin pada masa akan datang , pihak Kesihatan Kawasan Tenom telah mengambil inisiatif menggunakan mobile team bagi menerangkan lebih lanjut mengenai vaksin ini.

“Mobile team ini kita akan masuk “first stage” kita akan promote lepas itu kita akan daftar dan seterusnya memberi vaksin kepada penduduk” katanya.

Manakala Pegawai Daerah Tenom Sungkim Rumagun turut berharap orang awam agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang maklumat yang tidak sahih berkaitan pemberian vaksin ini dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Sungkim berkata, sebenarnya pemberian vaksin ini bukanlah satu perkara yang menakutkan sebenarnya dia tidak sakit pun.

Cuma katanya, oleh kerana terlalu banyak kena viral apa yang tidak betul menyebabkan orang takut kena suntikan vaksin.

Untuk fasa pertama seluruh zon pedalaman melibatkan daerah Keningau,Tambunan,Nabawan dan Tenom , seramai 4,950 orang petugas barisan hadapan akan menerima suntikan vaksin berkenaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN