Robert (empat dari kanan)bersama Walter dan pemimpin masyarakat bergambar dengan penerima.
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Seramai 2,857 Ketua Isi Rumah (KIR) bagi golongan B40 dan seramai 898 KIR yang tersenarai dalam sistem e-Kasih menerima bantuan bakul makanan yang disalurkan melalui pemimpin tempatan untuk disampaikan kepada penerima.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, pengagihan disalurkan kepada pemimpin masyarakat bagi mengelakkan perkumpulan yang ramai pada musim penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)3.0.
“Bantuan bakul makanan kita sampaikan kepada masyarakat dan mereka akan mengagih-agihkan kepada penerima dinawah jagaan masing-masing” katanya selepas melancarkan pengagihan bantuan itu di Dewan Sekolah Kebangsaan Bingkor kelmarin.
Pada majlis pelancaran itu hanya beberpa KIR yang dipanggil untuk menerima bantuan sebagai simbolik sahaja.

Robert (tiga dari kiri)menyampaikan bantuan bakul makanan kepada salah seorang penerima
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, bantuan bakul makanan ini adalah merupakan bantuan daripada kerajaan negeri.
Semoga bantuan ini katanya, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada keluarga yang terkesan dengan PKP 3.0.
Hadir sama pada pelancaran agihan bantuan ini, Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson, Pegawai Kebajikan Keningau Awang Mohd Sharil Bin Karim, Ketua Daerah DUN Bingkor Daniel Palangi dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Bingkor Junier Freed.