30 C
Kota Kinabalu
Ahad, Jun 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 30 orang KIR Kg.Kimolohing terima sumbangan ‘Bakul Makanan’

DISANTUNI…Radiah (duduk) menerima sumbangan disampaikan M.Yahya (Kanan) dibantu Syahrin (dua Kiri) dan diperhatikan Rosdi.

RANAU: Seramai 30 orang Ketua Isi Rumah (KIR) di Kg.Kimolohing di sini, telah disantuni Kerajaan Negeri Sabah dengan sumbangan Bakul Makanan ke rumah para penerima pada Sabtu.

Sumbangan tersebut telah disampaikan, Timbalan Ketua Pimpinan BERSATU Bahagian Ranau, Datuk M.Yahya Dunggi mewakili, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, yang juga Menteri Kewangan II, merangkap ADUN N.37 Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun turut dihadiri Pegawai Daerah Ranau, Syharin Bin Samsir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karanaan, Rosdi Bin Abd.Ghani serta para kakitangan Pejabat DUN Karanaan.

Beberapa penerima yang yang disantuni ketika ditemui, merakam penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri Sabah kerana prihatin dengan kekangan yang di hadapi mereka yang terkesan ketika ini berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ekoran pandemik Covid-19.

“Kami berterima kasih atas bantuan kerajaan ini bagi meringankan beban yang kami hadapi”, jelas Madusin Jali 82, dan isterinya Julia Nain 72.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan Negeri Sabah, menghulurkan bantuan kepada kami”, tambah Radiah @Kindi Lausin 91 yang juga turut menerima sumbangan.

Sementara itu, Syahrin ketika ditemui memberitahu ada ramai lagi yang terkesan akan disantuni bakal menerima sumbangan seumpamanya terutama golongan B40, berdaftar dengan e-Kasih, warga emas, ibu tunggal dan mereka yang dikuarantin.

“Kira-kira 8,052 orang di kawasan tiga DUN iaitu, Kundasang, Karanaan dan Paginatan bakal menerima sumbangan yang akan dilaksanakan secara berperingkat”, jelas Syahrin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN