31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 26 penduduk terjejas banjir ditempatkan di PPS Rumah Kebudayaan Kalang Kanar

GAMBAR – Raime (tengah) bersama dengan anggota Pertahanan Awam Malaysia semasa memantau kampung yang terjejas banjir.

Oleh: MARUTIN ANSIUNG

TENOM:Seramai 26 penduduk yang terjejas banjir ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Kebudayaan Kalang Kanar dekat sini setakat jam 9.00 malam sebentar tadi.

Pegawai Daerah Tenom Sungkim Rumangaun berkata, ia membabitkan dua warga emas, seorang bayi, masing-masing lima lelaki dan perempuan dewasa serta tiga kanak-kanak perempuan dan sepuluh kanak-kanak lelaki” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Berikutan banjir itu, 11 buah kampung di daerah ini dinaiki air terdiri dari Kampung Kalang Kanar, Bunut, Binsilon, Makakumpai, Mandalom Lama, Pantongan Saga, Batu-Batu, Ponontomon, Pansailon Tanjung, Enubai dan Tumantalik.

Sungkim.yang juga Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana  (PKOB) Tenom, Sungkim Rumangun berkata, 12 jalan turut dinaiki air, antaranya, Jalan Kalang Kanar, Jalan RTM Tenom, Jalan Bunut, Jalan Binsilon dan Jalan Tumantalik.

Beliau berkata, pemantauan dari semasa ke semasa terus dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta anggota Pertahanan Awam Malaysia.

Sementara itu ADUN Dilantik yang juga Ketua Umno Bahagian Tenom Datuk Raimie yang turut sama memantau beberapa buah kampung yang terlibat menasihatkan penduduk yang terbabit agar berwaspada.

“Patuhi arahan pihak berkuasa dan berpindah segera di pusat pemindahan jika diarah berpindah” katanya.

Disamping itu katanya, pastikan dokumen-dokumen penting dibawa bersama jika dikehendaki berpindah di pusat pemindahan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN