29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SERAMAI 211 WARGA SK. WAANG SERTAI CERAMAH ‘KATAKAN TIDAK KEPADA JENAYAH DAN DADAH’

Hamiseh (duduk pertama dari kiri) bersama pegawai IPD dan para peserta yang hadir 


RANAU: Seramai 211 orang warga Sekolah Kebangsaan Waang terdiri daripada 140 murid, 13 guru, 2 AKP, 2 Pembersihan, 4 Pengawal Keselamatan dan 50 ahli PIBG telah menyertai ceramah ‘Katakan Tidak Kepada Jenayah Dan Dadah’ yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) bertempat di Dewan Kampung Waang pagi tadi.
 
Menurut Guru UBK, Jane Francisca Namin, ceramah tersebut di bawah Program Sekolahku SEJAHTERA : Sepakat dan Selamat memuatkan beberapa pengisian seperti dua slot ceramah yang disampaikan oleh ASP Mohd Afendi Che Yok (Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau) dan Harris Mohd Zakaria (Ketua Unit Pencegahan dan Publisiti AADK Ranau) serta mini pameran oleh BPJKK, IPD Ranau.
Antara ceramah yang telah disampaikan ialah ‘Jenayah Pedofilia.’  Tajuk ceramah ini telah mendapat maklum balas yang sangat positif dan kerjasama yang baik di kalangan peserta sekaligus mencapai motif program yang begitu berkesan serta keberhasilan yang unggul.
 
Salah seorang penceramah, ASP Mohd Afendi Che Yok berkata setiap persoalan yang diutarakan telah dijelaskan dengan terperinci dan perkongsian ilmu tersebut telah memberikan banyak manfaat kepada semua yang hadir.
 
“Semoga dengan aktiviti seperti ini yang sering diadakan oleh pihak sekolah akan meningkatkan lagi tahap disiplin para pelajar, memiliki keunggulan sahsiah, berwawasan, berkualiti dan berpontensi menjadi individu yang cemerlang dalam apa juga bidang yang diceburi kelak” katanya.
 
Wakil Guru Besar selaku Penolong Kanan Pentadbiran, Hamiseh Sihat ketika dihubungi media BDB merakamkan ucapan penghargaan dan terimakasih kepada semua pegawai IPD Ranau atas kerjasama menjayakan program tersebut. Beliau turut berterimakasih kepada semua warga sekolah yang hadir dan ucapan syabas kepada guru Unit Bimbangan Kaunseling serta AJK atas kejayaan menganjurkan program tersebut.
 
Turut sama dalam program tersebut ialah Sjn Halimah Ayub (PPS), Kpl Khairul Amri Ramli (PPS), Syakirah Jaudin (IPD), Petrus Golontoh (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) dan Jumaidi Paidi (Penolong Kanan Kokurikulum).
 


 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN