26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 9, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Seorang penunggang motosikal maut bertembung kenderaan pacuan 4 roda.

Terbabas …keadaan kereta Mitsubishi Triton dan Motosikal selepas kemalangan.

RANAU: Seorang pekerja swasta maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di kilometer 6, Jalan Ranau-Tampaluri, dekat BCCM, di sini pada pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton ketika mengesahkan kejadian berkata, mangsa seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun berasal dari Kg.Mohimboyon, meninggal dunia di tempat kejadian.

DSP Sammy Newton, Ketua Polis Ranau

“Siasatan awal mendapati, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa dalam perjalanan dari arah pekan Ranau menghala Kundasang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha   Lagenda telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Mitsubishi Triton yang sedang menuruni bukit dari arah Kundasang.

“Akibat daripada perlanggaran tersebut, mangsa (penunggang motosikal) mengalami kecederaan bahagian badan dan disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan, Hospital Ranau.

“Manakala pemandu pacuan empat roda, lelaki berumur 34 tahun berasal dari daerah Telupid, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

HUBUNGU AJS UNTUK PERKHIDMATAN IKLAN MELALUI AKHBAR CETAK

Menurut DSP Sammy, siasatan lanjut akan diteruskan dan kes ini disiasat dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

Beliau juga meminta orang ramai yang melihat kejadian supaya tampil dan berhubung dengan pegawai penyiasat kes,  Inspektor Syaurin Bin Suhurani di talian 0128401012.

Dalam pada itu, DSP Sammy turut menasihatkan pengguna jalanraya untuk lebih berhati-hati ketika memandu kereta atau menunggang motosikal.

Sarannya, jika terasa letih dan mengantuk, pengguna jalanraya dinasihatkan untuk berhenti di tempat yang terang dan ambil masa untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

“Kondisi kenderaan yang digunakan juga harus diambil perhatian dan diperiksa (servis) sebelum memulakan perjalanan.

“Jangan memandu atau menunggang motosikal sekiranya tidak memeliki lesen memandu atau menunggang yang sah,” katanya/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN