29 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Seorang OKU terima sumbangan ‘Bakul Makanan’ daripada MP Ranau

SUMBANGAN….Dominik (kiri) menyampaikan Bakul Makanan kepada Donlsius.

RANAU: Seorang anak Orang Kelainan Upaya (OKU), adik Donlisius Bin Johnny 15,  dari Kg.Himbaan telah disantuni dengan sumbangan ‘Bakul Makanan’ daripada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Donlisius yang  mengalami masalah pendengaran (Pekak) dan kini bersekolah di Sekolah Khas Kg.Silou telah menerima sumangan ‘Bakul Makanan’ itu yang disampaikan Pegawai Pemantau  Projek  Parlimen Ranau, Dominik Bin Kasaman mewakili Timbalan  Menteri Kementerian Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Ibu Donlsius, Henrietta Binti Hussien ketika ditemui merakam penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau khususnya Datuk Jonathan atas sumbangan yang diterima anaknya.

“Saya mewakili keluarga, berterima kasih kepada Datuk Jonathan kerana sudi menghulurkan sumbangan untuk kami sekeluarga”, jelas Henrietta ibu kepada tiga orang anaknya.

Dominik pula ketika ditemui, memaklumkan telah ramai mereka yang berkeperluan khas  selain OKU, Ibu Tunggal,  Anak Yatim,
dan Warga Emas telah mendapat sumbangan dan bantuan daripada  Pejabat Parlimen Ranau atas kerihatinan Datuk Jonathan.

“Keprihatinan Datuk Jonathan bukan hanya tertumpu kepada memberi kebajikan kepada yang memerlukan, malah dari segi projek infrastrukur  keperluan mendesak komuniti seperti pembaikan jalan kampung, jalan ke kawasa tanah pertanian dan paip graviti turut mendapat perhatian daripada Datuk Jonathan untuk dilaksanakan”, tambah Dominik.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN