33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sembilan keluarga daif terima sumbangan bakul makanan

Keluarga yang menerima sumbangan bakul makanan.

RANAU: Sembilan sekeluarga daif yang tinggal di tanah pertanian mereka terletak 2.5 kilometer dari pusat Kg. Sinurai dan 32 kilometer dari pekan di sini, telah menerima sumbangan berupa Bakul Makanan dan wang tunai daripada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen P.179 Ranau.

Sumbangan tersebut merupakan inisiatif Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin dan telah disampaikan wakilnya, Penolong Pegawai Luar Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Awill Bin Minsuan diiringi dua orang rakan sejawatnya, Mohd.Irwan Bin Suli dan Najah@Mahat Bin Saidin (Logistik) yang telah berjalan kaki mengharungi hutan rimba menyeberangi dua batang sungai (Sungai Sinurai dan Sungai Sugud) untuk sampai ke pondok keluarga daif yang tinggal di kawasan itu sejak 1990-an.

Turut hadir menemui  keluarga daif tersebut ialah, Pengerusi JPKK Kg.Sinurai, Elen Binti Dondoh yang seterusnya mewakili keluarga daif berkenaan, merakam penghargaan dan  terima kasih kepada Datuk Jonathan yang prihatin menghulurkan sumbangan kepada keluarga tersebut.

“Saya mengharapkan kepada para pemimpin dan NGO yang lain agar mencontohi keprihatinan Datuk Jonathan untuk tampil membantu mereka yang memerlukan. 

“Saya sudah melaporkan hal-hal sebegini kepada ADUN di kawasan kami, namun belum ada tindakan positif setakat ini.

“Penduduk disini, juga amat memerlukan kemudahan jalan raya yang sempurna, bangunan rumah kediaman yang selesa dan pembinaan jambatan gantung di beberapa batang sungai sebagai kemudahan penduduk ke kawasan tanah pertanian mereka”, jelas Elen sambil menceritakan keadaan kehidupan keluarga daif (penerima sumbangan) bukan sahaja OKU (pekak dan bisu) tetapi sukar mencari nafkah dan hanya mengharapkan hasil tanaman Ubi Kayu dan mengusaha tanaman pokok getah yang belum pasti dapat menjanjikan mampu menampung kos kehidupan harian 9 sekeluarga berkenaan.

Menurut Elen 6 orang anak dalam keluarga itu termasuk ibu, bapa dan menantu  adalah bisu dan pekak memerlukan bantuan keperluan harian dan penyediaan bangunan rumah kediaman yang lebih selesa.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN