26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sekatan PKPD Bersasar di lapan lokaliti di Labuan bermula hari ini

TUTUP…..Jalan raya di Kampung Tanjung Aru  yang menghala  ke Kampung Lubok Temiang ditutup mengunakan drum bagi mengelak keluar dan masuk  di kawasan PKPD Bersasar.

Oleh: Jainudin Djimin

Labuan:  Sekatan Perintah Kawalan  Pergerakan Diperketatkan  (PKPD)  Bersasar (total lockdown) yang membabitkan lapan lokaliti di Wilayah Persekutuan Labuan bermula hari ini hingga 28 Jun 2021.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar  selama 14 hari itu dilaksanakan sebagai langkah untuk melandaikan semula keluk penularan COVID 19  yang meningkat mendadak  di Labuan sejak awal bulan Mei  lalu.

Lapan lokaliti yang terbabit dalam Sekatan Pergerakan Bersasar itu ialah sebahagian Kawasan Bandar, Kampung Sungai Keling, Kampung Bukit Kalam, Patau Patau Satu dan Dua, Taman Mutiara Kampung Sungai Bedaun, Layang-Layangan, Durian Tunjung dan Kampung Tanjung Aru.

Sementara itu,  pemasangan kawat berduri di kawasan lapan lokaliti terlibat bermula tengah malam semalam yang dilakukan oleh anggota PDRM, ATM serta dibantu oleh Penguatkuasa Perbadanan Labuan dan anggota  dari Jabatan Bomba dan Penyelamat   (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan.

KAWAT BERDURI…. Anggota tentera memasang jawat berduri  disa;ah satu jalan di kawasan  PKPD Bersasar.

Manakala seramai  216 anggota keselamatan  yang terdiri daripada PDRM, ATM, Penguatkuasa Perbadanan Labuan dan Rela  terlibat dalam mengawal dan memantau pergerakan orang ramai di kawasan telibat.

Ketua Polis Daerah Labuan, Ahmad Jawila berkata sebanyak 17 kawasan sekatan jalan raya dan  penutupan jalan telah di wujudkan  yang dipecahkan  kepada dua bahagian  iaitu  10 kawasan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan Route Check Point (RCP), manakala 7 lagi   full Barricade (jalan yang ditutup sepenuhnya).

Sementara itu Jawatankuasa Pengurusn Bencana Daerah (JPBD) Labuan akan mengagihkan dan menyelaras bekalan makanan serta barang barang berkeperluan  di kawasan lapan lokaliti yang terbabit.

Sepanjang tempoh itu, penduduk kampung tidak dibenarkan keluar kecuali untuk tujuan kecemasan, dan untuk mendapatkan rawatan kesihatan atau mendapat kebenaran daripada PDRM.

Bagaimanapun  kedai runcit  dan pasaraya yang terdapat di dalam kawasan kampung terlibat dibenarkan  beroperasi bermula  jam 8 pagi sehingga 4 petang bagi memudahkan penduduk kampung mendapatkan bekalan keperluan harian.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN