24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sederet kedai musnah dalam kebakaran di Lohan Ulu.

Keadaan sederet kedai yang musnah dijilat api dalam kejadian itu

Oleh: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Sederet kedai musnah dalam kabakaran di Kampung Lohan Ulu, di sini dalam kejadian malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa mahupun kecederaan.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (KBBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib, berkata sepasukan anggota bomba bersama jentera ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung insiden berkenaan bagi operasi memadam kebakaran.

“Ketika tiba (di lokasi kebakaran) didapati api marak dan telah memusnahkan 80 peratus bahagian bangunan tersebut.

“Anggota bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran 100 kaki panjang dengan dua pancutan serta satu pancutan 100 kaki dari pam jentera dengan mendapatkan bekalan air dari pili bomba sejauh 400 kaki,” katanya ketika duhubungi media.

Menurut Ridwan, seramai tujuh anggota diketuai PBK II, Becket Gumat dikerah ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera jenis Scania BMD dan sebuah EMRS BNA. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN