30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SEDCO SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM277, 697.16

Kenangan….anak-anak yatim bergambar kenangan bersama pihak pengurusan SEDCO semasa Majlis Iftar Ramadan Sedco 2024 di Hyatt Regency Hotel.


KOTA KINABALU: Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menyerahkan zakat perniagaan secara berkelompok berjumlah RM277,697.16 kepada Pusat Zakat Negeri Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Antara Syarikat Kumpulan SEDCO yang menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2023 ialah SEDCO sebanyak RM200,000.00, Perkasa Realty Sdn Bhd (RM30,000.00), IIB Insurance Brokers Sdn Bhd (RM30,000.00) dan Sedcovest Holdings Sdn Bhd membayar haul Perniagaan bagi tahun 2022 sebanyak RM17,697.16 di Kimanis Ballroom, Kota Kinabalu di sini semalam.

Penyampaian akad disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali bersama Ketua Bahagian Zakat, Iwansuzairie Hari.

Akad Zakat Perniagaan SEDCO bagi tahun 2023 dilafazkan oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Hj Azrul Hj Ahmad dan disaksikan oleh Timbalan Pengerusi SEDCO Dato’ Seri Dr. Arsit Sedi.

Sementara itu, akad bagi Syarikat Kumpulan masing-masing dibaca oleh Pengurus Besar (PB)/CEO Mat Saidi Minting- PB PRSB, Hj Tuah Tahir – PB IIB, Abd Rahim Mohd Zain- PB SVH.

Turut diadakan penyampaian sumbangan untuk aktiviti dan kelengkapan berupa RM1,000.00 kepada masjid, rumah Kebajikan dan persatuan. SEDCO menyumbang kepada;

1) Masjid Daerah Putatan – Tuan Hj Kahar Zain
2) Masjid Nurul Islam Kg Peringatan,Petagas -Tuan Hj Assan
3) Masjid Sembulan – Tuan Hj Noor Kamarul Omar Baki
4) Masjid Bandaraya – Tuan Hazmi Meran
5) Rumah Amal Kasih – Tuan Jamrie Sarapih
6) Persatuan Penasihat Kewangan Islam Sabah – Ustaz Asri Samad.

Seterusnya sumbangan SEDCO kepada anak yatim/mualaf/asnaf berupa baju raya dan duit raya.

20 daripada anak berkenaan akan disalurkan kepada pendalaman Sabah di Pagalungan, Sook.

Penyerahan tersebut akan disampaikan dalam bulan Ramadan ini oleh Badan Islam Kumpulan SEDCO dan 30 anak yatim.

Penerima sumbangan daripada

1) Pesakit Hospital Likas
2) Sekolah Tg Aru II
3) Kelas Perdana Prospek Kaunselor
4) Rumah Amal Kasih

Majlis diakhiri dengan sungkai dan tarawih secara berjemaah dan moreh hidangan dari pihak hotel.

Turut hadir memeriahkan majlis Dayangku Fazidah Haitun Pg Bagul, Ahli Lembaga Pengarah SEDCO, Myrna Jimenez, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEDCO, Pegawai Pusat Zakat MUIS dan Pegawai Syarikat Kumpulan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN