27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sebanyak 22 kes ‘Macau Scam’ melibatkan warga Ranau, kerugian kira-kira RM1.9 juta

TERIMA KASIH… Insp. Murugan menerima cenderamata berupa Sijil Penghargaan disampaikan Kenny.

RANAU: Sebanyak 22 kes ‘Macau Scam’ melibatkan warga Ranau mencatatkan kerugian kira-kira RM1.9 juta sehingga awal tahun ini.

Pegawai Penyiasat Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, Insp. Murugan A/L Doraiya berkata, kebanyakan mereka yang terlibat  adalah kes penipuan pelbagai  atas talian (Online) seperti Pinjaman Tak Wujud, Tipu Pelaburan dan banyak lagi.

“Justeru jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu menawarkan pulangan lumayan dan dalam tempuh yang cepat, selidiki dahulu jika ditawarkan sesuatu”, jelas Insp.Murugan ketika menyampaikan taklimat berhubung Macau Scam pada program  Sembang Santai anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Ranau pada Rabu.

“Kalau kamu ada kemuskilan atau sebarang aduan boleh hubungi talian 997 untuk maklumat lanjut”, tambah Murugan.

Seramai 45 orang telah menyertai program itu di Bilik Mesyuarat JaPen Ranau dihadiri para kakitangan  jabatan  kerajaan dan agensinya, para pesara, ahli perniagaan, JPKK dan pemimpin masyarakat setempat.

Sempena program yang julungkali diadakan itu, selain taklimat ‘Jenayah Scamar’ turut ditaklimatkan ialah ‘Malaysia Madani’, oleh Pegawai Penerangan Daerah Ranau, Kenny Thomas.

Program diteruskan dengan perasmian Pelancaran Group Whatsapp Sahabat JaPen Ranau, telah disempurnakan  (Secara Online) oleh, Pegawai Daerah Ranau, Jumain Bin Abd.Ghani.

Dalam ucapan ringkas Jumain, mengharapkan agar menerusi watsapp para sahabat JaPen akan mudah  mengakses maklumat-maklumat sahih daripada sumber yang sahih.

“Menerusi Sahabat JaPen ini kita mudah mengetahui maklumat sahih dan terkini”, jelas  Jumain sambil memuji inisiatif JaPen Ranau kerana menganjurkan taklimat kemudahan yang amat penting untuk mendapat info-info terkini dan sahih.

Program itu berakhir dengan penyampaian Sijil Kehadiran kepada semua peserta.

          

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN