30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sawit Kinabalu jadi perintis Taman Teknologi Hijau di Sabah,

Hajiji menyaksikan pertukaran MoU diantara Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sawit Kinabalu, Encik Victor Ationg (kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan Nextgreen Global Berhad, Dato’ Lim Thiam Huat bagi penubuhan Taman Teknologi Hijau.

KOTA KINABALU: Kumpulan Sawit Kinabalu (Sawit Kinabalu) akan menjadi perintis Taman Teknologi Hijau (Green Technology Park (GTP)) di Sabah, sekaligus menyokong usaha kerajaan negeri ke arah mencapai matlamat pembangunan mampan.

Bagi merealisasikan matlamat itu, Sawit Kinabalu melalui anak syarikatnya, Sawit Palm Oil Industrial Cluster Sdn. Bhd. (SPOIC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat Nextgreen Global Berhad (NGGB) bagi penubuhan GTP.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Sawit Kinabalu menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut di ibu pejabat baharu Sawit Kinabalu di Blok
B, Menara Kinabalu pada Khamis.

Sawit Kinabalu diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Victor Ationg dan NGGB diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulannya, Dato’ Lim Thiam
Huat, serta Datin Stella Ambrose (Sawit Kinabalu) dan Dato’ Mohd Yusof Din (NGGB) selaku saksi kedua-dua entiti itu.

Menerusi MoU itu, kedua-dua pihak akan menerokai dan melaksanakan aktiviti-aktiviti utama GTP seperti mewujudkan Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan (CPC), Kilang Pulpa, Loji
Rawatan Air Mentah dan Dandang Stim (Steam Boiler) di tanah seluas 400 ekar milik SPOIC di Sandakan.

Konsep perniagaan hijau GTP memberi penekanan kepada tenaga boleh diperbaharui, pemulihan, dan penghapusan sisa yang merupakan asas bagi ekonomi hijau yang boleh
mengurangkan risiko alam sekitar dan seterusnya memacu Sawit Kinabalu ke arah pembangunan mampan.
Terdahulu, Hajiji merasmikan ibu pejabat baharu Sawit Kinabalu dan mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu.

Beliau kemudiannya menyaksikan pembayaran zakat perniagaan Sawit Kinabalu bagi tahun 2023 berjumlah RM 800,000.00 daripada Victor kepada Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam
Sabah (MUIS), Datuk Haji Mohd Dandan @ Ame bin Haji Alidin.

Menurut Victor, Kumpulan Sawit Kinabalu komited untuk terus menunaikan kewajiban membayar zakat perniagaan bagi membantu pertumbuhan ekonomi dan pemerkasaan masyarakat, sesuai dengan keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat itu, berikutan prestasi harga minyak CPO yang dijangka meningkat dalam masa akan datang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN