27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan Kemerdekaan Belia Kisora Ranau meriah!

Md. Nadzmin (tengah) dan lain-lain bergambar bersama sebahagian peserta bola tampar dalam smabutan berkenaan

RANAU: Program Penutupan Sambutan Hari Kemerdekaan anjuran Kelab Belia Kisora Ranau telah berjaya diadakan dengan jayanya dan dirasmikan Ketua Pergerkan Pemuda UMNO Ranau, Md.Nadzmin Kamin baru-baru ini.

Program tersebut diketuai oleh Fitri Nursyafiqah binti Tamin selaku Pengerusi Penganjur merangkap Ketua Beliawanis kelab, Mohd Aidid Jasmie selaku Timbalan Pengerusi Penganjur dan barisan Belia KISORA.

Program ini turut disokong oleh JPKKP Awang Shari bersama ketua puteri Umno Ranau, Farehah wasli dan Pergerakan Pemuda UMNO Ranau yang dipimpin oleh Md. Nadzmin sendiri.

Sambutan tersebut telah berjaya menarik kehadiran seramai 600 pengunjung yang turut menyertai pelbagai aktiviti menarik sepanjang program yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 21 dan 22 September 2024.

Antara lain acara yang dianjurkan adalah pertandingan ESPORT Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) tertutup Ranau yang disertai oleh 19 pasukan dari seluruh Ranau, pertandingan bola tampar tertutup Ranau yang melibatkan 10 pasukan, serta pertandingan bola sepak tertutup Ranau dengan penyertaan 14 pasukan.

Md. Nadzmin menerima cenderahati daripada Fitri sambil diperhatikan oleh yang lain-lain

Program ini turut memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 15 peniaga tempatan, yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia di Ranau.

Selain daripada memperkukuhkan sektor ekonomi belia, program ini juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti, serta menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam menjaga kemerdekaan dan keharmonian masyarakat.

Md. Nadzmin memberitahu bahawa objektif utama penganjuran ini adalah untuk memperkukuhkan perpaduan masyarakat setempat, selain memberikan sokongan padu kepada aspirasi belia dalam bidang sukan dan keusahawanan.

“Kemerdekaan ini adalah harta terbesar yang diwariskan kepada kita. Jagalah, peliharalah, dan pertahankanlah ia, agar kita dapat mewariskannya kepada generasi seterusnya.

“Pergerakan Pemuda UMNO Ranau menzahirkan komitmen kmai dalam mendukung setiap usaha belia dalam meningkatkan taraf kehidupan melalui aktiviti yang positif,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN