24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan Aidilfitri keluarga Mariana Taliban, meriah meskipun hanya dihadiri seisi keluarga

Gambar atas: Keluarga Mariana merakam gambar kenangan.

KUNDASANG:  Majlis Rumah Terbuka Hari Raya, anjuran keluarga Pengerusi Persatuan Pemborong dan Peruncit Sayur Bumiputera Kundasang, Mariana Binti Taliban, cukup meriah meskipun hanya dihadiri seisi keluarga tidak di hadiri ramai orang seperti tahun-tahun sebelum penularan Covid-19.

Mariana ketika ditemui, memaklumkan majlis Hari Terbuka Hari Rayanya tahun ini diadakan secara sederhana dan mengutamakan sekeluarganya sahaja termasuk kedua ibu bapa, suami dan anak-anak serta adik ipar dan abang ipar sahaja.

“Apapun  majlis kami sekeluarga cukup meriah dan peluang kami untuk bermaaf-maafan”, jelas Mariana.

Mariana (kanan) bersama saudaranya mengapit Rasimah sambil menunjukkan baner majlis mereka.

Apa yang penting katanya, ialah semua ahli keluarganya harus mematuhi SOP yang dikuat-kuasakan kerajaan  bagi memutuskan rantaian  Covid-19.

“Majlis kami  ini  diadakan setiap tahun sebagai memupuk persaudaraan sedia terjalin dikalangan  keluarga ‘Waras’ iaitu kami ambil gambungan nama bapa kmi Watiman dan ibu kami Rasinah (Waras)”, tambah Marianah.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN