28 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SABAH NET sumbang kerusi roda

Sahanif (tiga dari kanan) dan rombongan menyerahkan kerusi roda kepada Mazlan.

KENINGAU: SABAH NET menyumbangkan kerusi roda kepada Mazlan Ruhinin yang mengalami lumpuh separuh badan selepas beliau terlibat dalam kemalangan tiga tahun yang lepas.

Sumbangan disampaikan oleh Sahanip Jamil mewakili Pengerusi SABAH NET Datuk Azman Hj.Ruslan kepada Mazlan di rumahnya Kampung Sondoton Baru dekat sini baru baru ini.

Sumbangan kerusi roda ini untuk memudahkan pergerakan dan meringankan beban yang ditanggung oleh Mazlan dan keluarga.

Sumbangan ini sepenuhnya telah ditanggung oleh SABAH NET iaitu dari tempahan sehinggalah penyerahan kerusi roda melalui Persatuan KOLUPIS Keningau ( NGO).

Mazlan mengucapkan jutaan terima kasih kepada SABAH NET dan amat bersyukur dengan sumbangan kerusi roda yang sememangnya amat diperlukan demi kelangsungan hidup.

Turut hadir pada majlis ringkas penyerahan sumbangan kerusi roda itu, wakil pembekal wheelchair Jonathan, Pengerusi Persatuan KOLUPIS Keningau (NGO) Rashid Sainong, Pengerusi JPKK Kampung Sondoton Baru Azwan Hamirin dan Ahli Persatuan KOLUPIS Keningau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN