25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sabah Fokus Bimbing Usahawan Peroleh Sijil Halal

KETIBAAN… Tun Musa (tengah) disambut meriah oleh orang ramai sebaik memasuki Masjid Negeri.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan memfokus kepada  bimbingan usahawan tempatan untuk memperoleh sijil halal.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Arifin Mohd Arif berkata usaha

wan yang sudah mendapat sijil halal berjumlah 463 berbanding 124 syarikat yang sedang dalam proses bagi mendapatkan Pensijilan Halal dan ia akan dibawa ke Mesyuarat Panel Pengesahan Sijil pada 16 dan 27 Januari ini.


“Kita akan fokus kepada halal sebagai mendukung apa yang diminta oleh Majlis Halal Malaysia yang diuruskan oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM), Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Beliau ingin supaya halal ini diberikan tumpuan kerana dari sudut produknya usahawan kita perlu dukungan halal.

“Kita mahu beri bimbingan dan panduan untuk mereka cepat mendapat pensijilan halal dan memang kita sekarang ke arah untuk memperbanyakkan membimbing mereka dengan kerjasama Halal Malaysia.

“Majlis Halal peringkat negara juga memantau dan kita akan membangun halal di peringkat antarabangsa seperti mana YAB TPM inginkan,” ujarnya.

Beliau ditemui media semasa Majlis Haul Ke-30 Tahun Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun di Masjid Negeri Sabah, pada Khamis.

Dalam pada itu, Arifin yang juga Exco Pendidikan memaklumkan kerajaan akan mewujudkan Majlis Kecerdasan Buatan (AI) Negeri Sabah pada tahun ini.

“Saya akan bawa ke kabinet untuk lantikan penubuhan majlis dan lantikan ahli-ahli Majlis AI.

“Dengan adanya itu, mereka boleh memantau pusat AI kita akan MoU dengan UMS kerana UMS ada pakar dalam bidang ini.

“Cuma tumpuan kita dari sudut produk, kreativiti dan teknologi di sana. Produk pelancongan berhubung dengan etnik kita sangat banyak, karya dan sebagainya,” jelas beliau.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam. -Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN