26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SABAH FC DIPERKASA MUSIM DEPAN: BUNG MOKTAR

Bung Moktar menyampaikan dokumen kontrak kepada Kim Swee.

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU–Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin yakin bahawa Sabah FC akan dapat diperkasakan musim depan.

Katanya, insiatif mendapatkan khidmat bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menggendalikan pasukan itu antara komitmen yang dilakukan bagi memperbaiki reputasi pasukan.

“Saya yakin dengan komitmen yang kita lakukan serta dengan pengalaman dan kepakaran Kim Swee sudah tentu mampu untuk menggerakkan pasukan terus mahu ke hadapan,” katanya selepas menghadiri majlis menandatangani kontrak Kim Swee di Pusat Persidangan Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Jumaat.

Kim Swee, bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendatangani kontrak selama dua tahun sebagai ketua jurulatih Sabah FC yang baharu.

Bung Moktar berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran Kim Swee dalam pasukan Sabah FC dan yakin ketua jurulatih tersebut mampu mengangkat martabat mutu bolaepak di Sabah.

“Saya ucapkan tahniah kepada Kim Swee ” katanya.

Menurutnya, beliau juga memahami peminat bolasepak di negeri ini dahagakan kejayaan yang diharapkan dari pasukan.

“Mereka mahu melihat Sabah FC terus maju ke hadapan dan menunjukkan prestasi baik dalam saingan Liga Super,”.

Beliau juga memohon maaf kepada peminat ekoran kegagalan pasukan memenangi dalam beberapa perlawanan yang diharungi dalam Liga Super sebelum ini.

“Kita memang serius untuk menangani apa juga isu. Sebarang kesilapan dan kesalahan sudah tentu boleh diperbaiki. Yang penting bagaimana kita mengurus sesebuah pasukan itu supaya menjadi lebih baik,” tegasnya.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri turut memberi penekanan agar pemain Sabah FC memiliki disiplin dan mempunyai komitmen tinggi dalam pasukan bagi mempertingkatkan lagi kualiti dan prestasi pasukan.

Ini, katanya, bagi memastikan pasukan terus maju ke hadapan dan mampu diperkasakan pada musim depan.

Beliau juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Hamidin Mohd Amin atas kelonggaran yang diberikan kepada KIm Swee untuk melepaskan jawatan sebagai Pengarah Teknikal untuk membolehkan melatih Sabah FC berkuatkuasa 1 Oktober ini.

Meskipun begitu, Kim Swee telah diberi pelepasan lebih awal bagi memantau persiapan pasukan menghadapi pertandingan Piala Malaysia di mana Sabah FC diundi dalam Kumpulan D bersama JDT, PJ City FC dan Kelantan FC.

Sabah FC dijadual bertemu PJ City FC di Stadium MBPJ pada Isnin ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN