SERAH… Ruslan menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penerima .
LABUAN: Timbalan Presiden 1, Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Haji Ruslan Muharam telah merasmikan Mesyuarat Berkelompok Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Cawangan Bandar Labuan di Bilik Refflesia, Ujana Kewangan, baru baru ini.
Ketibaan Ruslan telah disambut oleh Pengerusi Persatuan Bisaya Sabah (PBBS) Cawangan Bandar Labuan, Asnoin Chiplin.
Hadir sama pada mesyuarat itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jais Asri.
Ruslan ketika berucap merasmikan mesyuarat itu mahu masyarakat Bisaya di pulau ini bersatu dan berganding bahu dalam membangunkan PBBS tanpa mengira fahaman edeologi politik.

RUSLAN (tengah) diiringi Asnoin (kanan) ketika merasmikan Mesyuarat PBBS Cawangan Bandar Labuan di Bilik Refflesia.
Mesyuarat yang dihadiri kira-kira 150 ahli itu turut mengadakan sesi dialog bersama Ruslan yang menfokaskan penambahbaikan pelaksanaan cadangan aktiviti yang telah dirancang.
Pada majlis itu, Ruslam yang juga ADUN Lumadan turut menyampaikan Bakul Makanan untuk diagihkan kepada golongan asnaf, Orang Kurang Kelainan (OKU) serta warga emas dan pesakit terlantar kalangan warga Bisaya.
Ruslan yang sedang dalam rangka lawatan dua hari ke di pulau bebas cukai ini, mengambil kesempatan untuk meninjau golongan peniaga yang terdiri daripada anak jati Bisaya di Pasar Sentral UTC serta meninjau kedai Almanium yang diusahakan oleh Kallam Baiduri Enterprise, Sabli Matrih warga Bisaya dari Kampung Sinapokan, Menumbok Sabah.