33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Rumah Terbuka Krismas landasan perpaduan: Jonathan

SELAMAT HARI NATAL….Orang ramai merakam gambar bersama Datuk Jonathan(lima kanan) dengan rombongannya.

RANAU:…Rumah Terbuka Hari Natal menjadi titian mesra dan perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum, agama dan idologi politik selaras dengan matlamat masyarakat madani.

Meskipun tarikh keramat 25 Disember setiap tahun sambutan Natal bagi  mereka yang beragama Kristian namun budaya kunjung mengunjung dikalangan saudara mara dan para pemimpin masayarakat akar umbi juga belum berakhir malah terus berlangsung sehingga menjelang tahun 2024.

Demikian suasana meriah, harmoni dan semangat persaudaraan masih utuh berterusan dikalangan penduduk daerah Ranau yang masih mengadakan ‘Rumah Terbuka’ Krismas yang dijangka berakhir bulan 31 Desimber.

Di Ranau budaya kunjung-mengunjungi sepanjang sambutan Krismas masih berlangsung dan dikunjungi para pemimpin termasuk Menteri Kewangan Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)N.37 Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Ahli Parlimen P.179 Ranau yang juga Pengerusi  Jawatankuasa Pilihan Khas (JPKP) Malaysia, Datuk Jonathan Yasin dan ramai lagi.

Suasana bertambah meriah dengan  acara bersalaman, berkenal mesra antara satu sama lain diserikan dengan   hiburan seperti koir Krismas, lagu-lagu   menerusi Karaoke dan tarian kebudayaan menyaksikan  kegembiraan  dikalangan orang ramai termasuk para tetamu undangan.

Di Ranau bukan sahaja sambutan Krismas meriah dengan pelbagai hiburan malah bertambah meriah apabila ada pasangan yang melangsungkan majlis perkahwknan mereka.

Ramai menyifatkan suasana Hari Krismas atau Natal sebagai pencetus perdamaian di kalangan pelbagai suku kaum meskipun berbeza agama dan budaya.

Mereka yang sempat ditemui memberitahu suasana seumpama itu harus dikekalkan sama seperti sambutan Hari Raya, Pesta Kaamatan, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan banyak lagi.

“Suasana damai dan harmoni antara kaum di Malaysia perlu dipelihara selaras dengan konsep masyarakat Madani”, jelas, Pegawai Pemantau  Projek Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Dominik  Kasaman.    

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN